Hukum Suami Isteri Berpelukan Di Khalayak Ramai





peluk


Hukum Suami Isteri Berpelukan Di Khalayak Ramai

Soalan
assalamualaikum..
apakah hukum suami isteri berpelukan di khalayak ramai ? harap disertakan dgn dalil =)

terima kasih,
muhammad azmeer bin arof

Jawapan
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum seorang lelaki memeluk isterinya adalah tidak berdosa, tetapi perbuatan mereka berpelukan di khalayak ramai adalah tidak wajar kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menyatakan bahawa kesan angkubah daripada fitnah amat dahsyat sekali. Malah dosa memfitnah adalah lagi hebat daripada membunuh satu jiwa yang hidup. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maksudnya:
“…dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan…”.
(Surah Al-Baqarah 02: 217)

Ringkasnya, carilah tempat yang lebih sesuai untuk menyatakan perasaan kasih dan sayang sesama pasangan suami isteri. Wallahu ‘alam.

sumber : islam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.