Hukum Menyimpan Patung Mainan
Hukum Menyimpan Patung Mainan
Assalamualaikum...apakah hukum menyimpan patung mainan seperti "teddy bear" di dalam rumah?adakah haram atau tidak?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, permainan tersebut boleh disimpan di dalam rumah dengan syarat ia tidak dimuliakan (diletakkan di tempat yang khusus untuknya).
Menurut riwayat, bahawa Saidatina Aisyah Radhiyallahu ‘Anha semasa kecilnya amat sukakan permainan anak patung. Pernah satu ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bertanya kepada Aisyah; “Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (anak patung perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud ‘Alaihissalam mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya.”
(Riwayat Abu Daud)
Ringkasnya, patung-patung yang dibuat khusus untuk permainan kanak-kanak ataupun untuk tujuan pembelajaran adalah tidak dilarang (tidak menyalahi hukum). Wallahu 'alam.
Hukum Menyimpan Patung Mainan
sumber : islam
Post a Comment