Hukum Menamakan Anak Tiada Maksud





Nama Anak

Hukum Menamakan Anak Tiada Maksud

Soalan
Assalamualaikum,saya ingin menamakan anak saya zillqayyimhezry,zillqayyim saya tahu maksudnya,tetapi hezry tiada maksud,apakah hukum nya,adakah boleh saya meletak mama sedemikian.


Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda adalah dinasihatkan supaya mencari nama yang terbaik untuk diberikan kepada anak anda. Hal ini adalah kerana melalui nama tersebut anak anda akan dikenali dan dipanggil oleh kawan, rakan dan mereka yang berkomunikasi dengannya. Malah ia juga akan digunakan sehingga ke hari akhirat nanti.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Dari Abu Darda’ Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya; “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud)

Dari itu, melalui hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam mengingatkan para ibu dan ayah supaya dianjurkan supaya memilih dan mencari nama yang membawa maksud yang baik untuk anak mereka kerana melaluinya anak anda akan dipanggil semasa hidup di dunia dan juga semasa di akhirat nanti.

Selain itu, panggilan atau seruan dengan menggunakan nama tersebut juga adalah tidak ubah sama seperti satu doa untuk dirinya. Oleh itu, cari dan berilah nama yang membawa maksud yang baik bagi menjamin kebahagiaan dirinya di masa hadapan. Elakkan daripada memilih nama yang membawa maksud yang tidak baik ataupun nama yang tidak mempunyai maksud kerana ia adalah satu kerugian buat anak tersebut.
Ringkasnya, para ibu bapa dinasihatkan supaya mengutamakan nama yang mempunyai maksud yang baik dan tidak terlalu teruja dengan nama yang menjadi pilihan pada hari ini walaupun nama tersebut tidak mempunyai makna yang baik malah lebih malang lagi jika ia tidak selari dengan tuntutan Islam.
oleh itu, cari dan pilihlah nama yang terbaik untuk mereka kerana ia akan menjadi identiti anak kita di dunia dan juga di akhirat. Wallahu 'Alam.

sumber : islam
Nama Anak

5 ulasan

Unknown berkata...

nama saya pon tak de maksud

shahdiana berkata...

dulu-dulu orang tua tak pandai lagi nak letak nama yang ada maksud ni..pakai hentam je...mak bapak sekarang lebih berpengetahuan jadi wajarlah letak nama anak yang ada maksud...kan tak....

Yousake NKRI berkata...

mampir aje..

AbgferOz berkata...

rozuan : dulu2 benda nie mmg tak diambil berat.. tapi skrang perlu :)
(p/s.. sama la kita..)

shahdiana : a'ah.. dlu maen hentam ja.. skrang dah senang ada google.. cari ja nama yg elok :P

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ berkata...

Masih ramai yang kurang akan kesedaran yang satu ni..

Dikuasakan oleh Blogger.