Lawak Lucah Kuda Oh Kuda





Lawak Lucah Kuda Oh Kuda

lawak lucah ini hanya sesuai di baca oleh
mereka² yang berumur 18thn 1hari keatas sahaja..
hik hik hik..

Kuda oh Kuda..

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler…..

 suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.
 Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada
diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula,
keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh
membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…
makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu
dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu
dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…)
 Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan.
Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta
menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang
 boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya,
dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan
kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab
senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang
dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya,
maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,

.
.
.
.
.
.

Nak kena jentik lagi…??”

Lawak Lucah Kuda Oh Kuda

6 ulasan

Unknown berkata...

hahahahahahah LOLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!

fyna berkata...

hahaha...senget. serik kot kuda tue.

AbgferOz berkata...

hehehe :P naseb la kuda tuh..

Unknown berkata...

lol hahahahaha ni bagi ada 4 perkara kita perlu tahu tentang kesihatan.

Unknown berkata...

nasib baik kuda jantan...kalau kuda betina apa nak ko jentik...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Lau betine ko angkat ekor die....

Dikuasakan oleh Blogger.