Berhutang Menghalang Penyucian Diri





Hutang

Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW,
 "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada 
mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah 
itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, 
"Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad 
pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" 
Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa 
peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar 
mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh 
tidak berpaling lari  kebelakang". 

Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" 
Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam 
peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala 
kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau 
engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika 
menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, 
melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan 
sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah

2 ulasan

misshannajr berkata...

takutnya la kalau tertinggal hutang masa mati :(

AbgferOz berkata...

misshannajr : thats why ble org nak kebumi.. keluarga akan tnye kalu arwah ada hutang sila hubungi ahli keluarga agar dapat diselesaikan

Dikuasakan oleh Blogger.