Info Pulau Perhentian





 Info Pulau Perhentian
Pulau Perhentian antara pulau yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Terletak 21 kilometer dari pinggir pantai Terengganu,
pulau ini terbahagi kepada dua iaitu pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecil.
Perairan disekitar pulau ini ditaburi terumbu karang serta menawarkan permandangan bawah laut yang hebat dan menyeronokkan. Pulau ini juga sering menjadi tumpuan penyu hijau dan hawksbill untuk bertelur.
Selain melihat keindahan dasar laut Pulau Perhentian yang cantik itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain antaranya meluncur papan air, belayar, berkenu, memancing air laut dalam, snorkel atau mungkin hanya bersantai di tepi pantai saat matahari terbenam.
Apa yang menariknya, dengan perkampungan yang kecil dan resort yang lebih berkonsep ringkas, anda pasti akan berasa lebih tenang dan selamat.
Bagaimanapun, Pulau Perhentian hanya boleh dikunjungi selama enam bulan setahun manakala bulan lain ditutup ketika Monsun Timur Laut
Peta Pulau Perhentian
Sumber : Surat Khabar Harian Metro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.