Info Pulau Pangkor





 Pulau Pangkor
Info Pulau Pangkor
Berkeluasan 2,200 hektar dengan jumlah penduduknya kira-kira 25,000 orang, Pulau Pangkor juga antara daya penarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Berbeza dengan pulau lain, Pulau Pangkor bukan saja menjanjikan keindahan dan keunikan dasar laut yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi tetapi ia juga kaya dengan budaya serta aktiviti masyarakatnya. 
Disini, aktiviti yang boleh dilakukan termasuk jet ski, kayak, bola tampar, snorkel, dan banyak lagi. Bagi yang sukakan cabaran, berbasikal mengelilingi pulau juga mungkin salah satu aktiviti yang menyeronokkan.
Menarik mengenai Pulau Pangkor, selain menawarkan pelbagai aktiviti laut, pengunjung juga boleh mengembara di seluruh pulau kerana Pulau Pangkor juga adalah pulau yang mempunyai banyak perkampungan.
 Salah satu perkampungan yang pasti membuatkan anda teruja ialah
Perkampungan Nelayan Acheh. Anda dapat melihat nelayan menurunkan hasil tangkapan
sekitar jam 11.00 pagi.
Selain itu, pengunjung juga dapat melihat proses penghasilan
makanan laut segar yang diusahakan secara komersial di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.
Pelbagai hasil laut bermutu tinggi boleh diperoleh disitu, antaranya ikan bilis, sotong kering, udang, ikan dan makanan ringan yang turut diproses daripada hasil laut dengan harga berpatutan.

Peta Pulau Pangkor
Antara Pulau Lain yang Boleh dikunjungi :
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Mataking, Sabah
Pulau Kapalai, Sabah
Pulau Langkawi
Pulau SIbu, Johor
Pulau Rawa, Johor
Pulau Pemanggil, Johor
Sumber : Surat Khabar Harian Metro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.