Apa Itu Epilepsi ?
Epilepsi
Apa Itu Epilepsi ? – Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang serius.
Terdapat dua jenis sawan:
- Sawan menyeluruh
Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:- Tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal).
- Ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal).
- Mioklonik.
- Sawan separa
Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:- Separa kompleks
- Separa ringkas
- Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:
- Sindrom West
Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 bulan. - Sindrom Lennox-Gastaut
Melibatkan kanak-kanak yang muda. Ini merupakan epilepsi yang paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang muda.
Apakah penyebab epilepsi ?
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikit sebanyak berhubungkait dengan umur .Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikit sebanyak berhubungkait dengan umur .Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:
- Penyebab yang biasa
- Kecederaaan di kepala.
- Faktor genetik.
- Tumor otak.
- Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu – pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).
- Paradoksikal/tindakbalas yang luarbiasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.
- Penyebab pada orang dewasa:
- Sklerosis (parutan) hipokampus – bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak).
- Penyalahgunaan alkohol atau dadah.
- Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stres, antipsikotik atau dadah antiepilepsi.
- Jangkitan kuman seperti meningitis dan ensefalitis.
- Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum di tempat kerja.
- Penyakit kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).
- Penyebab pada kanak-kanak
- Demam yang kuat.
- Suntikan vaksin – sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.
- Sawan aruhan televisyen – sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama.
- Kecacatan sewaktu lahir.
- Kerosakan otak.
- Keracunan.
- Kecederaan di kepala.
- Ubat-ubatan seperti melatonin – sejenis hormon yang digunakan untuk mengawalatur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.
Pada sesetengah wanita, epilepsi mungkin dicetuskan oleh perubahan hormon. Ia biasanya berlaku pada minggu sebelum datangnya haid.Apakah tanda-tanda dan gejala epilepsi?
Terdapat dua kategori utama epilepsi:
- Sawan separa atau setempat.
- Sawan menyeluruh.
Di dalam kategori ini, terdapat lagi pelbagai jenis yang lebih kecil. Jenis-jenis bagi setiap kategori adalah seperti yang disenaraikan di bawah:Sawan Menyeluruh
Ia melibatkan keseluruhan bahagian otak secara serentak. Terdapat dua jenis sawan menyeluruh:
Ia melibatkan keseluruhan bahagian otak secara serentak. Terdapat dua jenis sawan menyeluruh:
Sawan menyeluruh tonik-klonik
- Tidak sedarkan diri.
- Menggigit lidah atau pipi.
- Mengalami sentakan kaki dan tangan.
- Pernafasan terhenti sementara.
- Hilang kawalan usus dan pundi kencing.
- Sembuh secara perlahan-lahan kemudian ia tertidur yang agak lama.
Petit mal
- Tiada perubahan pergerakan dan kedudukan.
- Keadaan tidak sedarkan diri yang datang untuk seketika (renungan kosong).
- Kerlipan mata biasanya hanya merupakan manifestasi motor.
- Serangan yang berulang-ulang (sehingga 50 . 100 kali setiap hari).
- Sering terjadi di zaman kanak-kanak.
- Boleh mengganggu pembelajaran.
Sawan Separa
Ia melibatkan sebahagian kecil otak dan boleh dikategorikan kepada dua jenis:
Separa Ringkas
- Masih sedarkan diri.
- Gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus. elektrik contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi.
- Mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata.
- Keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan terhadap bau dan rasaSumber : PMR
Post a Comment