Cerita Lawak : Akibat Main Dengan Isteri Orang



Akibat Main Dengan Isteri Orang

heee.. cerita ini cerita lawak.. tapi cerita ini juga boleh dijadikan
tauladan kepada mereka-mereka yang curang dengan pasangan mereka..
nak tau ape citanya.. ?

jum baca...

DOKTOR dan PESAKIT
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon,
"Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.

"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.
Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
 "Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."

"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

heee.. padan muke.. sape suruh cium bini orang lain :)
kan dah dapat selesema burung :)


No comments

Powered by Blogger.