Biodata Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke  5
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi 
Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. 
Tun Abdullah Ahmad Badawi  dilahirkan pada 26 November 1939 
di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau  Pinang. 
Tun Abdullah  menerima pendidikan menengah di 
Sekolah Tinggi  Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, 
Pulau Pinang. Beliau  kemudiannya meneruskan pengajian di 
Universiti Malaya dan memperoleh  Ijazah Sarjana Muda Sastera 
dalam bidang Pengajian Islam pada tahun  1964.
 Setelah tamat pengajian,Tun  Abdullah menyertai
sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha 
di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, 
Tun Abdullah berpindah ke  Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), 
sebuah badan yang berkuasa eksekutif  untuk mentadbir negara 
yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei  1969. 
Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi 
Ketua Pengarah  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 
sebelum menjadi Timbalan Ketua  Setiausaha di 
Kementerian yang sama pada tahun 1974. 
Tun Abdullah menyertai UMNO  pada tahun 1964. 
Tun Abdullah mula bergerak aktif dalam arena politik 
setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas 
pada tahun 1978 dan  beliau berjaya mengekalkan kerusi 
parlimen tersebut sehingga kini. Tun  Abdullah adalah ahli 
Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah  telah dipilih 
memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 
1984, 1987  dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan 
tersebut pada tahun 1996.  Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,
Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan  Presiden 
bagi penggal 2000 - 2003.
Tun Abdullah pernah memegang  jawatan-jawatan penting 
dalam beberapa kementerian. Tun  Abdullah dilantik sebagai 
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah  Persekutuan 
(1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan 
(1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), 
Menteri  Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87). 
Pada 15 Mac 1991,  Tun Abdullah dilantik sebagai 
Menteri Luar sehingga Januari 1999.  Seterusnya, 
Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 
merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, 
sebelum dilantik  menjadi Perdana Menteri. Selain itu, 
Tun Abdullah juga adalah  Menteri Pertahanan.
Tun Abdullah telah  mendirikan rumahtangga dengan 
Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood 
pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, 
Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat 
penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. 
Mereka  mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. 
Tun Abdullah kemudiannya  berkahwin dengan 
Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. 
Datin Seri  Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.
SUMBER DARIPADA : VIEW HERE
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke  5
Anda Mungkin Inginkan...
  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Post a Comment