Hari-Hari Yang Patut Potong Kuku
Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya -
barang sesiapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu
- Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat
dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad
- Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk
kemiskinan.
Hari Isnin
- Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa
- Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu
- Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk
kepadanya kepapaan
Hari Khamis
- Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk
kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat
- Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada
hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
rahmat daripada Allah S.W.T
Jadi, Kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.
Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan
kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya
selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada
tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang
ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah dan bukannya ke tong
sampah sekalipun tong sampah itu bersih.
SUMBER : DARIPADA PAPAN BULETIN SURAU TAMAN .....
PERCAYA atau TIDAK ? heeee...ntOh aku pun taktau...
tapi orang tua-tua ada cakap kerat kuku elok hari jumaat
sebelum nak pi solat jumaat tuh :)
Ini Jawapan Yang Admin dapat dari website islam.gov
Jawapan
Memotong kuku adalah salah satu daripada amalan sunat yang pernah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan ia boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat
adalah lebih disyorkan untuk melakukan ibadat dan amalan-amalan sunat.
Oleh yang demikian, adalah sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Petikan yang dinyatakan oleh saudara/ri itu bukanlah dari nas al-Quran mahupun hadis.
Wallahua'lam
Post a Comment