Biodata Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn





Biodata Perdana Menteri Malaysia ke 3
Biodata Perdana Menteri Malaysia
Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)

Biodata
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.
Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan
Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.
Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di English College, Johor Bahru.

Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai
kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor.
Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera
di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942.
Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah.
Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian
Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada
pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih
di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi.
Ketika itu beliau berpangkat Kapten.



Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai
Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam
perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat
 dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang.
Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan
Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang
Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.

Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan
jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam
kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas
sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai
Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950
beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan
bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi
Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.

Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan
Kawalan Kampung di Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya,
setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951.
Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya,
malangnya parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik,
beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn,
England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.

Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn
kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun yang sama beliau
telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur,
dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu
penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk mengenai
masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah.
Pada masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia
mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai
 salah seorang Naib Presiden UMNO.

Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia.
Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan
Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976,
Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.

Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak
memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada
tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting.
Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.

Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya,
 Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara
Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah negara- negara barat
dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977,
krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran
Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.

UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana
menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS.
Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara,
Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut.
Dalam bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan,
yang mengembalikan kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun
berada di tangan parti pembangkang.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978,
Barisan Nasional yang bermanifesto "A man whom you can trust"
(Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan
131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen,
di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri.

Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya
bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin
supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul.
Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan
bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti.
Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya
 menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam
kegiatan-kegiatan pro-Komunis.

Sumber : Pmr Penerangan gOv


Biodata Perdana Menteri Malaysia ke 3

Anda Mungkin Inginkan...

10 ulasan

nurul ain berkata...

MINTAK EHHH...HALALKAN YE... NK BUAT KEJE KURSUS

Unknown berkata...

heee... mmg utk di halalkan :) hihihi.. selamat yehh

Hana berkata...

minta di-copy untuk buat kerja kursus sejarah... thankz!

diena berkata...

nak copy boLe ?
saye mntak satu yee !!
haLaLkan tao !!

Raja Mindy berkata...

harap boleh mintak copy btw thanks for halal kan

Tanpa Nama berkata...

hai

Tanpa Nama berkata...

kesah pulak aku :p

Tanpa Nama berkata...

hyee awakk sume :)

Tanpa Nama berkata...

hyee ...

sheila berkata...

lol

Dikuasakan oleh Blogger.