VIRAL RESEPI Mudah Mochi Aiskrim
VIRAL RESEPI Mudah Mochi Aiskrim. Mochi aiskrim mula dikenali setelah munculnya aiskrim mochi durian yang dijual di kedai 7 eleven. Resepi ini mula viral dan dikongsi ribuan pengguna facebook yang rata-ratanya teruja untuk mencuba. Resepi mochi aiskrim ini telah dikongsikan oleh facebook Makanlena.
VIRAL RESEPI Mudah Mochi Aiskrim
Resipi Mudah Buat Ais Krim Mochi.
✅ Bahan mochi:
50gram tepung pulut
100gram gula pasir
100ml air
1 sudu besar pewarna kesukaan *optional
Tepung jagung secukupnya
.
✅ Bahan inti:
Apa-apa jenis perisa ais krim kesukaan anda
.
✅ Cara membuat mochi aiskrim:
1. Bulatkan ais krim menggunakan scoop khas untuk ais krim mengikut berapa banyak yang anda mahu. Kemudian ais krim tadi di simpan semula dalam peti sejuk beku.
2. Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat berkilat.
3. Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat ke atasnya. Gelek sehingga rata.
4. Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.
5. Masukkan ais krim yang disejuk beku tadi ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.
6. Siap dinikmati sementara masih dingin!
Kredit : MakanLena
Post a Comment