Cara Daftar i-Akaun Bagi Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP





Cara Daftar i-Akaun Bagi Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

Cara Daftar i-Akaun Bagi Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP



Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. KWSP menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember 2020, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.

i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain dan juga inisiatif-inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik ini, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).

Bagi memudahkan pengeluaran i-Sinar anda nanti, pastikan anda telah mendaftar i-Akaun di www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member, kemas kini maklumat KWSP anda dan pastikan akaun bank anda aktif (akaun persendirian bukan akaun bersama).

Apakah kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun?
Ahli boleh:
– Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
– Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
– Menyemak status permohonan pengeluaran
– Menyemak sejarah pengeluaran
– Menyemak status penamaan
– Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
– Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
– Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
– Menyemak log aktiviti i-Akaun



Cara Daftar & Aktifkan i-Akaun
KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Langkah 1
Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.

Langkah 2
Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS

Langkah 3
Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan

Langkah 4
Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Langkah 5
Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

atau untuk maklumat lanjut sila hubungi KWSP di talian 03 – 8922 6000

Maklumat lanjut bagi pengeluaran i-Sinar akan dikemaskini minggu hadapan setelah KWSP membuat kenyataan umum. Nantikan kemaskini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.