8 Juta Pencarum KWSP Terjejas Dibenarkan Pengeluaran Maksimum RM10,000
8 Juta Pencarum KWSP Terjejas Dibenarkan Pengeluaran Maksimum RM10,000. Demi kesejahteraan Rakyat, #Belanjawan2021 telah pun lulus di peringkat dasar. Penggulungan ini telah menjadi tanda keterbukaan dan kesediaan Kerajaan untuk bermusyawarah dengan semua pihak dalam menjamin kelangsungan hidup Rakyat, perniagaan, serta ekonomi. ⠀
8 Juta Pencarum KWSP Terjejas Dibenarkan Pengeluaran Maksimum RM10,000
Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000 – Tengku Zafrul.
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam ucapannya, tidak kira sama ada pencarum telah hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 KWSP.
Sementara itu, KWSP dalam masa ini sedang mengemaskini laman sesawang mereka bagi persediaan maklumat lanjut dan lebih terperinci mengenai pengeluaran i-Sinar.
Insyallah minggu depan kita akan dapat maklumat lanjut pengeluaran akaun 1 KWSP. Sama-sama kita nantikan.
Sementara itu,
📌 Kerajaan setuju perluas bantuan ‘one-off’ RM300 kepada semua petugas barisan hadapan termasuk polis dan tentera – Tengku Zafrul
📌 RM50 juta dana tambahan bagi memerangi COVID-19 akan disalur kepada Sabah Disember ini – Tengku Zafrul
📌 Program eBelia ditingkatkan kepada RM100 seorang dan diperluas kepada 1.1 juta mahasiswa – Tengku Zafrul
📌 Kerajaan akan terus perhalusi bantuan mengikut keadaan COVID-19 dan ekonomi semasa – Tengku Zafrul
Post a Comment