Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana





Full Episod Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Remy Ishak, Nad Zainaal dan Mimi Lana. Nantikan drama terbaru Hati Yang Tersakiti di Slot Samarinda lakonan Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash dan ramai lagi. Drama ini dikatakan hampir serupa dengan drama korea The World Of The Married. Benarkah ? Sama-sama kita nantikan drama ini.

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana



Drama Hati Yang Tersakiti ini akan mula ditayangkan bermula 15 Oktober 2020 setiap Isnin sehingga Khamis jam 10 malam dalam slot Samarinda di TV3.Drama ini mempunyai 15 episod yang diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd yang juga merupakan idea asal dan bukannya adaptasi.

Karya ini ditulis oleh penulis Azril Hamzah dan diarahkan oleh Feroz Kader sebagai pengarah bagi drama ini yang mengisahkan konflik yang berlaku dalam sebuah perkahwinan.

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti. Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Tonton Full Episod Hati Yang Tersakiti di Viu.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.