Semak Status Permohonan BPN Dan Rayuan Baru
Semak Status Permohonan BPN 2.0 Dan Rayuan Baru. Bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyarankan agar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat secara dalam talian terutamnya bagi permohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Peregrakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Semak Status Permohonan BPN Dan Rayuan Baru
Permohon baharu dan rayuan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 oktober sehingga 15 november 2020. Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.
Kini anda boleh semak status permohonan anda dilaman laman sesawang Bantuan Prihatin Nasional
Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021
Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000
Post a Comment