Tanda Tanda Anak Anda Didera PERHATIKAN Tanda Ini
Tanda Tanda Anak Anda Didera. Sekarang sedang tular kes bayi berumur 3 bulan patah disyaki didera pengasuh. Sungguh merisaukan. Sebagai ibu bapa kita perlulah prihatin dengan tanda-tanda anak kita didera, iaitu
Tanda Tanda Anak Anda Didera
Berikut merupakan tanda-tanda kemungkinan anak anda mangsa dera yang dikongsikan oleh dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
- Menangis & melawan tiap kali dihantar ke pengasuh
- Anak mula takut dengan orang selain ahli keluarga
- Perubahan kelakuan: terlalu manja atau pendiam
- Ada lebam, luka di pelbagai bahagian, atau berulang
- Anak sering mimpi ngeri, mengigau atau sukar tidur
Apa yang anda patut buat sekiranya anda mengesyaki anak anda di dera di sekolah?
- Buat aduan pada pengurus rumah asuhan (jika ada)
- Buat laporan polis agar siasatan dilakukan
- Bawa anak untuk pemeriksaan doktor
- Segera jauhkan anak dari orang yang disyaki
Selain itu, ibu bapa dinasihatkan jangan ketepikan sebarang aduan dari anak-anak, walaupun kedengaran keterlaluan atau pelik. Ambil makluman dan berwaspadalah.
kredit : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Post a Comment