Hiking Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan
Hiking Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan. Dalam kesibukan kerja dan blogging akhirnya berkesempatan juga mencuri sedikit masa yang ada mengikuti rakan sewaktu sekolah mendaki bukit panorama yang terletak di sungai lembing kuantan, pahang.
Hiking Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

2 rakan yang tersebut merupakan guide kami untuk mendaki kali ini. Masuk tempat orang kena la mintak tolong orang untuk tunjukkan jalan. Walaupun mendaki 80% menggunakan tangga sedia ada tapi lebih ramai lebih meriah untuk mendaki.

bukan sahaja lutut longgar malah betis krem akibat mendaki tangga nonstop dari bawah sampai atas. Itulah akibatnya mendaki tanpa senaman awal. Memang ramai mendaki apabila korang hiking waktu cuti sekolah atau hari minggu. Jalan mendaki memang sedia ada dan sepanjang jalan korang akan jumpa orang.

Rehat sebentar tetiba rasa lapar oleh itu kitaorang ambik kesempatan untuk masak air teh dan meggie dikongsi bersama 6 orang. Letih-letih makan meggie atas puncak bukit memang terbaik. Meggie yang biasa-biasa rasa sedap sangat lagi-lagi bila dikongsi rasa macam tak cukup.
Akhirnya selepas puncak hampir tiada orang kitaorang turun untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Air Terjun Panching yang lokasinya terletak berhampiran dengan lokasi bukit panorama. Nantikan artikel seterusnya.
Post a Comment