Permohonan Daftar KISS Kasih Ibu Smart Selangor





Permohonan Daftar Online KISS Kasih Ibu Smart Selangor. Program Kasih Ibu Smart Selangor KISS memberi RM 200 kepada semua ibu berpendapatan rendah merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor. Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Permohonan Daftar KISS Kasih Ibu Smart Selangor

KISS Kasih Ibu SMART SelangorBuat masa ini TIADA LAGI Permohonan Daftar Online KISS Kasih Ibu Smart Selangor. Masih dalam proses untuk daftar online. Sementara ini anda perlu daftar secara manual dan borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di :

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya

DOWNLOAD BORANG KISS ONLINE

SYARAT KELAYAKAN KISS
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

MANFAAT KAD KISS
+ Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
+ Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
+ Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless).
+ Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan.
+ Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
+ Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu, tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

​Nota : Hanya barangan yang tersenarai diatas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.