Tips Elak Diri Dari Di Pukau





Tips Elak Diri Dari Di Pukau. Anda mungkin menjadi mangsa pukau. Sentiasalah berhati-hati bila anda berada di luar sana dan terjumpa dengan orang yang tak dikenali. Memang dah ramai dah yang terkena pukau-pukau ni. Bukan saja duit je lesap tapi mungkin lebih teruk dari itu. Anda juga mungkin akan menjadi mangsa rogol atau dibunuh.

Tips Elak Diri Dari Di Pukau

pukau
kredit : utaranews.com

Lebih baik berhati-hati apabila keluar keseorangan dan berjalan ditempat yang tiada orang. Sebaik-baiknya amalkan amalan dibawah yang insyallah sedikit sebanyak membantu anda mengelakkan diri dari dipukau oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tips bagi mengelakkan pukau terjadi seperti berikut :

1. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

2. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah.

3. Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.

4. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.

Ayat2/doa pendinding pula antaranya;-

1. Ayatul Kursi
2. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas
3. Berniat mohon Allah menghindari pukau/sihir ketika membaca doa/ayat.
4. Surah Hud ayat 56.

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيم.
(Baca setiap kali lepas solat.)

5.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Baca selalu. Ulang-ulang sampai terbiasa.

Atau paling tidak pun, 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang.

Apa maksudnya?

“Dengan nama Allah yang tiada mudarat sesuatu apapun dengan nama-Nya apa yang ada di bumi dan di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.