Apa Itu Kanser Limfoma ?
Apa Itu Kanser Limfoma. Kanser limfoma mula disebut-sebut dan dicari ramai orang termasuk pihak media Apa Itu Kanser Limfoma ? apabila penyanyi Elyana mengumumkan akan penyakit yang dialaminya sewaktu tersingkir Gegar Vaganza GV4 pada minggu lepas. Walaupun begitu Elyana tetap tabah dan kuat tidak kelihatan seperti sakit.
Apa Itu Kanser Limfoma ?
Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel, iaitu limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia. Sepertimana jenis kanser yang lain, limfoma terbahagi kepada jenis-jenis tertentu, hampir 35 jenis telah dikenal pasti, bergantung kepada jenis sel yang terlibat.
Sistem limfa dalam badan manusia adalah terdiri daripada sel-sel limfosit yang melalui jaringan saluran limfa ke seluruh badan, dan juga kelenjar limfa. Bendalir limfa akan membawa virus dan bakteria yang masuk kedalam badan, dan seterusnya akan di tapis di kelenjar limfa sebagai cara badan manusia bertindakbalas terhadap jangkitan kuman.
Ini menyebabkan kelenjar limfa membengkak dan sakit. Sel-sel limfosit pula terbahagi kepada dua, iaitu B dan T linfosit yang masing-masing berperanan mengeluarkan antibodi dan mengaktifkan tindakbalas badan menghadapi serangan kuman.
Sebab–sebab sebenar limfoma terjadi adalah tidak diketahui. Tetapi, terdapat faktor-faktor tertentu yang menyumbang kepada terjadinya limfoma seperti berikut :
1. Faktor umur : kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000, tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa berumur 60 hingga 64 tahun.
2. Jangkitan kuman bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori, hepatitis B dan C.
3. Penyakit yang merendahkan sistem imunisasi badan seperti :
– penyakit autoimmun
– penggunaan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ
– penyakit keturunan seperti ataxia telangectasia.
4. Pendedahan kepada bahan toksik seperti : racun serangga, racun rumpai dan benzene.
5. Genetik atau keturunan kanser.
Tanda-tanda penyakit limfoma adalah seperti berikut :
1. Pembengkakan kelenjar limfa yang tidak sakit, atau bengkak pada hati dan limpa.
2. Demam berpanjangan
3. Hilang selera makan
4. Penurunan berat badan yang mendadak
5. Rasa keletihan dan tidak bertenaga kerana kekurangan darah dan selera makan
6. Ruam kulit dan kegatalan (boleh berlaku dalam 25 % kes , selalunya di bahagian kaki)
7. Tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pembengkakan kelenjar limfa di bahagian tertentu seperti batuk dan sesak nafas (paru-paru), berak berdarah (usus), pening dan sawan (otak) atau kelumpuhan (sistem saraf).
Semoga elyana dan semua yang menghidap sebarang penyakit didoakan agar sihat, sihat dan terus sihat disamping keluarga tersayang. insyallah aminn..
kredit : myhealth
Post a Comment