9 Tempat Menarik di Melaka Wajib Singgah





9 Tempat Menarik di Melaka Wajib Singgah. Terdapat banyak tempat dan lokasi menarik di Melaka samada berbayar, murah mahupun percuma untuk dilawati bersama keluarga sekiranya singgah di Melaka. Melaka terkenal dengan pusat perlancongan yang menarik dan bersejarah.

9 Tempat Menarik di Melaka Wajib Singgah

The Shore Sky Tower Melaka
kredit : skytower.theshoremelaka.com

Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Ini menambahkan lagi faktor kenapa anda perlu melawat Melaka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh itu Melaka tidaklah terlalu boring untuk anda sentiasa lawati untuk bercuti bersama keluarga.

9 Tempat Menarik di Melaka Wajib Singgah

1. Freeport A’Famosa Outlet Melaka – Lokasi untuk mereka yang suka shopping terdapat pelbagai jenis jenama-jenama terkenal yang terdapat disini dan terletak di lokasi Alor Gajah, Melaka. Dibuka bermula jam 10 pagi.

Freeport A'Famosa Outlet Melaka

2. The Shore Sky Tower Melaka – Anda boleh melihat sekitar bandaraya Melaka dengan menaiki Sky Tower ini yang berada pada ketinggian 43 tingkat.

Lokasi : Terletak di Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya Melaka 75100
Harga Tiket : Adult – RM25.00 | Children – RM18.00sky tower melaka3. River Cruise Melaka – Aktiviti bersama keluarga menaiki cruise menjelajahi sungai melaka menikmati permandangan dan lampu-lampu sekitar bandar melaka sekiranya menaiki pada waktu malam.

Waktu Operasi : 9.00 am – 11.30 pm

melaka river cruise
kredit : Jenvit Keowvit

4. Coconut Shake Pantai Klebang Melaka – Klebang terkenal dengan pantainya yang bersih dan udara yang sejuk. Minuman coconut shake klebang selalunya menjadi pilihan pengunjung tapi terlalu banyak coconut shake taktau mana satu yang paling sedap. Korang juga boleh cuba makan sotong dan udang goreng salut ditepi pantai.


pantai klebang melaka

5. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan Melaka – Sekiranya singgah di Klebang jangan lupa singgah di limbongan terdapat kuih keria antarabangsa (viral) yang sedap disini. Rasanya yang manis dan kuihnya yang lembut membuatkan ramai yang beratur untuk mendapatkannya.

kuih keria antarabangsa hj jalil limbongan
6. Kota A Famosa – Lokasi menarik untuk bergambar bersama keluarga. Percuma anda boleh tangkap gambar sebanyak mana yang anda suka. Antara yang menjadi pilihan pelancong untuk bergambar terutamanya di atas bukit. Sekiranya naik tengahari kena tahan panas sikit la ye..

kota a famosa
7. Muzium Kapal Selam – Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.

Lokasi : Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.
Harga Tiket : Dewasa RM5 Kanak2 RM3 | Waktu Operasi : 9pagi – 5.00ptg

Muzium Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70
kredit : http://afraliza.blogspot.my

8. Jonker Walk – Lebih kurang macam chinatown atau night market yang dibuka pada hujung minggu jumaat, sabtu dan ahad bermula jam 6 petang. Selalunya kawasan sini akan mula sibuk dan penuh parking tepi jalan. Macam-macam yang dijual disini.

jonker walk
kredit : helenang.files.wordpress.com

9. Menara Taming Sari – Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Menara Taming Sari. Anda pastinya akan teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Harga MYKAD : Dewasa RM 17 | Kanak2 12thn kebawah RM 11

menara taming sari
kredit : hattenhotel.com

Semoga dengan adanya artikel Tempat Menarik di Melaka Wajib Singgah ini sedikit sebanyak membantu anda untuk bercuti dan memilih lokasi menarik dengan lebih mudah serta menjimatkan masa. Anda boleh klik pada nama lokasi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang lokasi.

Anda juga boleh lihat Tempat Menarik Di Terengganu

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.