Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku Raja Afiq dan Puteri Aishah
Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku Raja Afiq dan Puteri Aishah. Nantikan drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku adaptasi daripada novel Mr Hot Guy hasil Karya Danisyarahmat AKAN DATANG di Slot Akasia TV3 Selepas Drama Titian Cinta. Lakonan Raja Afiq, Puteri Aishah & ramai lagi.
Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku Raja Afiq dan Puteri Aishah
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.
“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”
“I tinggalkan you”
“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”
Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?”
“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”
“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”
“Boleh… Tapi ada syarat.”
“Apa syaratnya?”
“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.
Kaedah pertama Gold and diamond
Kaedah kedua Hugs and Kisses
Kaedah ketiga Sleep tight
Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
“Rasakan bos jahat! Bos gatal! Bos gila!!”
Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.
Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?
Post a Comment