Nasihat Untuk Pesakit GOUT Sempena AidilAdha
Nasihat Untuk Pesakit GOUT Sempena AidilAdha. Sedikit nasihat berkenaan sakit GOUT yang sinonim dengan hari raya korban. Sebagaimana yg kita tahu, raya korban ialah hari di mana kita akan makan lebih banyak dari biasa,lauk berasaskan daging..seperti daging lembu, atau kambing.
Nasihat Untuk Pesakit GOUT Sempena AidilAdha

Ramai juga yg terlepas pandang bab dehydration.
Kekurangan air memang boleh trigger attack gout.
Banyak kan minum air kosong, elakkan terlalu banyak minum air manis.
Injury / stress pada sendi pun boleh trigger attack gout.
So kepada yg driving jauh balik Kelate Terengganu tu, take a rest lepas 1-2 jam driving. Minum air kosong dan regangkan kaki. Lenguh pada buku lali dan tapak kaki boleh trigger attack gout bagi yg pernah kena gout pada buku lali / sendi ibu jari kaki.
Selain makan ubat tahan sakit KALAU kena attack gout di kampung, bila dah start sakit tu, cepat cepat tinggikan kaki, jangan banyak gerakan pada sendi yg terlibat, boleh cuba tuam dengan ice pack, dan tengok aja lah ye sedara mara hirup sup daging dengan sabar
kredit : Khairul Faizie Mohammad Kamar
Post a Comment