Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak
Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak. Episod hiking kali ini kami menuju ke Bukit Batu Putih Gopeng, Perak lokasi yang menjadi tumpuan warga sekeliling dan warga luar untuk melihat permandangan yang cantik dan indah selain melakukan aktiviti sihat dihujung minggu.
Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak

Perjalanan kami berehat seketika di Perhentian Tapah untuk solat subuh dan sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Batu Puting, Gopeng berpandukan waze. Sesat 2 kali bila hampir tiba di lokasi. Pertama terlajak dari pintu masuk menuju bukit batu putih yang merupakan lorong kecil menuju perkampungan. Kedua sesat apabila berpandukan waze yang mana membawa ke pedalaman bukit lokasi merentas sungai untuk ke bukit batu putih.
Terserempak penduduk setempat mereka menunjukkan jalan pintu masuk untuk mendaki bukit yang lebih mudah untuk mendaki tanpa guide (penting untuk kita bertanya). Akhirnya kitorang sampai di pintu masuk dalam jam 8.30 pagi. Parking ada 2 tempat 1 kena bayar RM 2 dan satu lagi jalan depan sikit ada parking FREE. Masuk untuk mendaki kena bayar RM 3.

Pendakian hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja tidak terlalu tinggi tidak terlalu rendah tapi agak meletihkan apabila mendaki sedikit menegak sokmo untuk sampai ke puncak. Beberapa kali berhenti take 2 sebelum meneruskan perjalanan mendaki.



Post a Comment