Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam
Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam. Bagi mereka yang ingin memohon pinjaman sektor awam anda perlu membuat kiraan kelayakan pinjaman berapa jumlah pinjaman yang dapat anda buat mengikut kadar gaji pokok semasa anda bagi mengelakkan anda daripada membeli rumah diluar kemampuan gaji anda seterusnya menyebabkan anda berhutang.
Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam
Gaji Pokok (RM) | Kelayakan (RM) |
---|---|
< 999 | 120,000 |
1000 – 1199 | 150,000 |
1200 – 1499 | 210,000 |
1500 – 1999 | 260,000 |
2000 – 2499 | 320,000 |
2500 – 2999 | 350,000 |
3000 – 3499 | 400,000 |
3500 – 4499 | 475,000 |
4500 – 5499 | 500,000 |
5500 – 6499 | 525,000 |
6500 – 8499 | 562,000 |
8500 > | 600,000 |
* Pinjaman pertama tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok semasa.
* Pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% dariapda gaji pokok semasa.
Antara Syarat-syarat Pinjaman Perumahan
1. Syarat-Syarat Asas
i. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
ii. Warganegara Malaysia
iii. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
iv. Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
v. Telah disahkan dalam jawatan
vi. Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
vii. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
viii. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
2. Pembelian Hartanah Yang Belum Mempunyai Hakmilik Individu/Strata di Pasaran Sekunder.
3. Pembelian Hartanah Yang Mempunyai Hakmilik Individu/Strata Di Pasaran Sekunder Daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua).
4. Pembelian Hartanah Lelongan Perbendaharaan Malaysia.
5. Ambil Alih Pinjaman.
6. Kerja Tambahan Bagi Pembelian Rumah Kos Rendah.
7. Pinjaman Kedua Bagi Pembelian Hartanah Kedua.
8. Pertukaran Lot.
9. Permohonan Menjual / Mencagar Semula Harta.
10. Jenis-Jenis Pinjaman
JENIS I: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP adobe reader
JENIS II: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI adobe reader
JENIS III: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN adobe reader
JENIS IV: MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH adobe reader
JENIS V: MENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN adobe reader
JENIS VI: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN adobe reader
JENIS VII: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN adobe reader
11 Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan. Sila rujuk Pekeliling PR1.1/2013 adobe reader
Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada para 1.5.2, 1.5.3 dan para 3 Lampiran A6 Pekeliling Perbendaharaan PR1.1/2013
untuk maklumat lanjut boleh layari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Post a Comment