Kisah Tuntutan Penjagaan Anak
Kisah Tuntutan Penjagaan Anak – sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
kadi bertanye kat si isteri “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
si isteri menjawab… “saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”
si suami terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .
kadi pun tanye si suami… “hah… kamu… bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”
“tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”
jawab kadi..”hak kamu le..”
si suami berkata.. ”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan “
p/s… hanya gurauan semata-mata.. penceraian adalah perkara yang perlu dielakkan demi masa depan anak. sila berbincang terlebih dahulu dan mendapatkan kaunseling. anda juga bole bermuhasabah diri sebelum menyalahkan pasangan. semoga hubungan anda berkekalan insyallah. Sabar dan Berdoa .
Post a Comment