Menyampah dengan Maybank





maybank
maybank

Jumaat minggu lepas selepas balik kerja pergi ke maybank untuk transfer duit ke kawan kirim untuk beli keropok lekor di terengganu sewaktu nak transfer duit tersilap pin kad bank beberapa kali dan akhirnya balik rumah dengan hampa kerana terlupe pin number.

Malamnya selepas mandi teringat kembali pin number dan cuba untuk transfer duit ke akaun kawan tapi menyedihkan bila kad bank dah kena block.. takpalah dah salah aku nak buat gimane.. terpaksa tunggu isnin baru boleh ke bank untuk unblock balik kad.. so terpaksa la masuk cash deposit ke kawan..

isnin lepas pergi ke maybank dekat chowkitt bila sampai di bank tengok semua gelap gelita.. blackout katanya.. takpa la tunggu sekejab dan akhirnya dah ok kembali.. bila nak mintak aktifkan balik kad bank orang bank kata maybank serverdown seluruh negara… aiyooo bank besar pun serverdown ke.. isk isk isk..

takpa laa.. maybe sistem or upgrade fikirku.. so next day selasa aku call dulu sebelum pergi.. tapi jawapan still sama.. server down untuk unblock kad.. call hari seterusnya rabu. jawapan still sama serverdown.. dan call hari khamis jawapan agak berbeza.. dia kata server on off tapi encik boleh datang cuba..

aku pun dengan harapan pergi la ke maybank di chowkitt.. tapi bila sampai dan tanya pada kaunter dia cakap untuk aktif kad memang tak boleh lagi.. perrghhh… memang menyirap time tuh.. aku tanya la habis yang jawab call perempuan tuh kata server on off tuh ? pastu mamat tu balas untuk aktif kad tak boleh lagi..

dengan panas hati terus pergi ke banggunan maybank berhampiran pudu sentral.. bila dapat nombor berbelas kena tunggu ok laa.. tapi bila tunggu hampir setengah jam baru gerak 3 nombor.. lagi terbakar la hati ini.. dah menyumpah seranah kat sana..

terus belah tak boleh tunggu lama.. nanti curi waktu kerja pulak.. bila nak balik tetiba hujan lebat.. perghhhh menyirap memang tak ingat..

lepas ini aku nak kena transfer duit emergency dari maybank ke bank lain so bila ada emergency dan terlupa pin number benda macam ni tak terjadi..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.