Adik beradik posing maut
heee.. minggu ni busy beno sampai tak sempat nak update entry dalam blog dan semalam hari terakhir busy yang mana ada event dodgeball dan terpaksa tolong² mana yang patut.. dan hari ini bebas dari sebarang kerja..
minggu lepas cuti panjang deepavali dan awal muharram dan bila sekeluarga berkumpul takkan nak duduk rumah ja kan ? so pagi² gi shopping barang dapur dulu untuk sebulan dan sebelum keluar berjalan yang penting adalah posing mautt.. hik hik hik.. masa untuk bergambar..
posing, posing dan posing maut..
haaa.. kesengalan kami terserlah..
selepas gi shopping barang dapur balik rumah dulu simpan barang lepas zohur terus bertolak ke semenyih.. dalam sejam gak la.. meronda untuk sampai ke semenyih.. selalunya pergi sebijik kereta dan kini sudah ada akak ipar so tambah sebijik lagi.. yeyy.. konvoi family..
bila dah sampai rumah paksu seperti biasa walau disuruh jangan masak pun asal sampai ja mesti ada makanan.. heee rajin beno maksu ni masak.. habis makan tengok takraw Malaysia vs Thailand.. macam menarik.. semua orang kusyuk ja tengok.. yang perempuan pun bukan main kecoh lagi hahaha… Malaysia yg lead 2 game tewas juga kepada Thailand 3-2.. sabor jela..
dalam kul 6.30 hujan renyai² kitaorang pun pulang.. takut tak sempat nak tengok bola sepak final piala Malaysia Pahang vs Kelantan.. yang ternyata ia sudah menjadi milik PAHANG.. heeee.. jangan marahh..
Post a Comment