Taman Tasik Ampang Hilir aka Lombong Ski
minggu lepas abang dengan akak ipar balik rumah tak buat apa so petang tuh dorang plan nak melepak di taman tasik titiwangsa tapi disebabkan lambat keluar dan hari dah petang plan di tukar ke taman tasik ampang hilir aka lombong ski.
dahulunya digelar Lombong Ski tempat orang memancing hujung minggu tapi setelah diubahsuai menjadi taman nama turut ditukar kepada Taman Tasik Ampang Hilir yang kini menjadi tempat berjoging, berbasikal, badminton dan tempat melepak keluarga diwaktu petang.
waktu singgah kat sini memang ramai orang.. kebanyakannya yang bekeluarga.. meriah sangat.. seronok tengok aktiviti berkeluarga yang sihat disini.. sejuk mata memandang.. ohh Taman Tasik Ampang Hilir aku telah jatuh cinta…
memang ramai yang berjoging waktu petang.. terutamanya awek cumil² membuatkan saya tak jadi nak pulang awai.. hik hik hik.. sejuk ja udara kat sini tapi satu je yang mencacatkan pemandangan saya..
kalu dah berkelah dan beriadah takkan la tinggal sampah kat situ je.. walaupun dah bungkus dalam plastik carilah tong sampah buangkan sampah anda dalam tong sampah.. dah mcam tak bertamadun.. banyak sampah tepi tasik..
Post a Comment