Faedah Berselawat
Faedah Berselawat
Banyak hadis yang menyatakan faedah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah ramai pula ulama menyusun kitab dan risalah khas untuk menerangkan faedah berkenaan. Sesiapa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan maksud yang sudah dinyatakan dapatlah dia menerima keistimewaan seperti berikut :
* Rahmat berganda dilimpahkan Allah kepadanya.
* Tempat berdekatan dengan Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat, di mana sahaja baginda SAW berada.
* Keutamaan mendapat syafaat khusus daripada Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat.
* Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
* Jaminan terselamat daripada segala yang mendukacitakan dan yang membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
Post a Comment