Tips Membuat Pinjaman
Tips Membuat Pinjaman
Sebelum anda membuat pinjaman, anda perlu perkara-perkara berikut:-
• Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sama ada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan.
• Jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang yang tidak berlesen.
• Waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil.
• Biasakan diri bertanya tentang kadar faedah efektif yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka.
• Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji bersih anda.
• Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang ‘percuma’.
• Membayar hanya bayaran minimum bil menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun.
• Berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit yang positif.
Tanda-tanda yang menunjukkan anda menghadapi masalah kewangan:-
• Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan – iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
• Jika hutang melebihi jumlah yang boleh anda uruskan.
• Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit.
• Anda tidak mempunyai tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.
• Anda kerap menerima panggilan daripada pemungut hutang.
• Anda menerima surat saman tuntutan hutang.
Sekiranya anda menghadapi masalah seperti
yang dinyatakan di atas, segeralah mendapatkan
pertolongan dan nasihat kewangan daripada
kaunselor kewangan yang profesional.
Tips Membuat Pinjaman
Sumber : Buku Celik Wang, Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit. – BNM
Post a Comment