Tips Semasa Temu Janji





Tips Semasa Temu Janji
 
4 Pantang Semasa Temujanji
1. Tidak Menepati Masa
si gadis selalunya berdepan masalah kiranya si kekasih lewat atau salah masa daripada apa yang dijanjikan. Kiranya, banyak kali juga si gadis terpaksa menunggu atau membuat aktiviti lain terlebih dulu untuk menunggu kekasihnya tiba. Alasan klise, jalan sesak.
Tapi tidak kurang juga golongan gadis yang ada kalanya seperti ‘tidak faham bahasa’ apabila membuat kekasihnya menunggu diluar rumah semata-mata ingin menunggunya bersiap. Kalau keluar rumah selepas berjam berdandan, jadi macam Neelofa lain cerita, ini sama saja gayanya.
 
2. Jangan Terlampau Melayan Telefon Semasa Berjumpa Dengan Si Dia
kepada jejaka atau gadis yang begitu komited terhadap kerja, tolonglah letak sebentar segala tanggungjawab itu ketepi kerana jika terlalu kerap ‘bermain’ telefon atau menjadi penyelesai masalah ketika bertemu janji, ia akan menimbulkan rasa menyampah atau sakit hati kepada pasangan anda. Ayat biasa yang kita dengar : ” Amboi sibuk mengalahkan perdana menteri”.
 
3. Jangan Membebel Kerana Ia Boleh Menjejaskan ‘Mood’ Si Dia
Pantang tersalah atau silap sikit, terus saja membebel tanpa berhenti. Lebih menakutkan, mulut mengomel dan membebel lebih sejam sedangkan perkara yang dibisingkan itu kecil saja.
Itulah realiti kebanyakkan gadis, kononnya ambil berat, tapi tanpa anda sedar, sikap itu mengingatkan si jejaka kepada ibu mereka. Takkan masih nak ingatkan karakter ibu kalau hendak bertemu janji. Lebih baik mereka menemani saja ibu mereka ke pasar.
 
4. Elakkan Bercerita Hubungan Lalu
Karakter banyak cakap atau terlalu lurus bendul akan mudah terjerumus kepada kesalahan ini. Bercerita atau dengan selamba berkongsi kisah cinta yang lalu kepada kekasih sekarang.
Itu adalah satu perkara yang sepatutnya dielakkan kerana boleh membuatkan pasangan anda terasa atau kecil hati lebih-lebih lagi berkongsi kisah saat manis dalam hubungan terdahulu.
Lain pula dengan kekasih atau pasangan yang sibuk ingin tahu pasal hubungan lalu, kononnya ingin membandingkan dengan cinta kepadanya kini. Itu adalah satu penyakit yang harus dibuang jauh sekiranya anda tergolong dalam kategori itu..
 
 
Tips Atau Pantang Larang Semasa Temu Janji
 
 
Sumber : 4 Pantang Semasa Temu Janji, 
                   Harian Metro 23 Jan 2013

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.