Teksi Pembangkang





Teksi Pembangkang

Pagi semalam aku terpaksa pergi ke kiara atas urusan kerja.. perjalanan ke sana agak jauh..
so aku naik train turun di LRT Bangsar dan dari situ bermulalah kisah Teksi Pembangkang ini..
bermula dengan menaiki teksi dari Bangsar sepanjang perjalanan ke bukit kiara
sepanjang jalan si pemandu ni bercerita tentang politik.. sedar² dah
sampai ke bukit kiara..
akhirnya sampai juga di bukit kiara.. takpayah aku nak dengar
bebelan politik si pemandu teksi ni lagi..
hOoooreyyy jerit dalam hati..
tepat kul 12tgah hari setel sudah urusan kerja..
alahaii terpaksa balik naik teksi lagi…
*dalam hati tak semua kot pemandu teksi politik ni.. heee..
so aku pun tahan la satu teksi ni..
masuk ja dalam teksi dia start tanya pasal mengundi
dah boleh mengundi ke ?
*dalam hati aku takkan la sorang lagi pemandu teksi pembangkang…
isk isk isk..

aku diceritakan tentang keburukkan dan nasib rakyat bila parti ****
memerintah negara…
sebenarnya aku tak kesah sangat nak bercerita part politik ni..
tapi bila part mengumpat, mengata dan memburukkan orang yang ni
aku kureng berkenan sikit..

bagi aku tak salah sekiranya kita nak menyedarkan orang dan bercerita tentang politik..
tapi kalu dah memburukkan orang, mengata orang, berbuktikan youtube 
yang kebanyakkannya telah di edit TAK PAYAH
buat tambah dosa jela pakcik oittt..

disebabkan pakcik tuh lebih berumur maka aku hanya mendiamkan diri
sambil memperbetulkan beberapa perkara..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.