Tanda-tanda Awal Kanser





Tanda-tanda Awal Kanser

ketahui 9 Tanda Amaran Kanser
1. Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid.
2. Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
3. Perubahan pada amalan membuang air besar.
4. Benjolan dileher yang tidak wujud sebelum ini.
5. Suara garau lebih dari dua minggu
6. Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran
atau telinga yang berdengung.
7. Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih
dan merah di mulut.
8. Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan
9. Batuk yang berterusan dan kahak berdarah.

Sekiranyanya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, ia tidak semestinya kanser.
Pastikan ia bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Pengesanan Awal Kanser boleh menyelamatkan nyawa anda.



Tanda-tanda Awal Kanser

1 ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.