Niat dan Kelebihan Puasa Hari Arafah





Niat dan Kelebihan Puasa Hari Arafah

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW 
ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 
"Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."

9 Zulhijjah

Niat Puasa Hari Arafah
"Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"

Kelebihan Berpuasa Hari Arafah
10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.

Niat dan Kelebihan Puasa Hari Arafah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.