Kesan dan Akibat Merokok
Kesan dan Akibat Merokok
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
- Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.
Apakah kesan-kesan jangka pendek merokok ?
* Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
* Penyakit Jantung
* Angin Ahmar / Strok
* Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
* Penyakit mulut dan gusi
* Ulser (perut, peptic)
* Osteoporosis
* Kemandulan (tidak boleh hamil)
* Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
* Mati pucuk
Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
* Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
* Menyebabkan pencemaran udara
* Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
* Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran
Kesan dan Akibat Merokok
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin |
: | Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon | |
Penyemak | : | Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail |
: | Dr. Salmiah bt. Md. Sharif |
Post a Comment