Khasiat Buah-Buahan



Khasiat Buah-Buahan

baru-baru ini aku terbaca kat berita harian tentang khasiat buah-buahan..
banyak info yang menarik diperolehi... so aku rasa baik info khasiat buah-buahan ini
aku sharekan dengan pelawat blog aku.. moga-moga semua mendapat manfaatnya..

Anggur/kismis 
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi. 

Oren 
Untuk menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Anti oksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah. 

Epal 
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan. 

Pear 
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut. 

Pisang kaki 
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan. 

Mangga 
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas. 

Kiwi 
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat. 

Pisang 
Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.

Khasiat Buah-Buahan


sumber : Berita Harian


2 comments

Nurfarahana A.Aziz said...

sebenarnya kita baru tahu apa tu pisang kaki huwuwuw...sedap pulak tuu

thanx 4 the info

AbgferOz said...

nurfarahana : heee same la kita :P

Powered by Blogger.