Harga Barang SALE lagi TINGGI ?
SALE
musim cuti sekolah banyak shopping mall dan shopping compleks yang buat
SALE hampir setiap hari.. tak termasuk lagi dengan macam2 jualan murah..
tapi.. betoi ke harga yang ditawarkan murah dari biasa.. ?
dalam minggu lepas banyak gak mall yang aku pergi untuk lihat2 barang jualan
murah yang diperkatakan itu.. tpi bila tengok harga ja mcam terkejut pun ada..
harga barang2 semua nya cecah rm100-rm300 fuhhh..
then diskaun dia kasi gila banyak sampai 70%
aku kasi beberapa contoh..
handbag wanita.. letak rm300 lebey.. tgok mcam biasa je.. tpi
bila diskaun harga macam harga asal.. rm150.. eerrr maybe barang prempuan
mmg selalu mahal kowt.. ok fine..
contoh kedua sluar jeans biasa.. harga sampai rm150.. perghh
gila import… tpi dia bagi diskaun 50% fuhh.. turun la rm75..
aiksss.. macam lagi mahal dari harga biasa je..
slalunya sluar jeans harga standard rm55-65
taktau la plak kalu sluar jeans tuh kualiti baik plak..
fuhhhh.. ke aku yang silap tafsir harga ?
almaklum la.. aku nie jarang shopping..
lebih kepada survey dari shopping..
yang ketiga.. tadi ingat nak beli sluar pendek bwah lutut..
slalunya ikut kain dan kualiti dia harga standard rm40-60
ok la.. tadi jalan2 tetiba tengok harga sluar pendek bwah lutut
cecah rm78 perghhh.. sluar apakah ini..
siap bagi diskaun 20% lagi. heee…
atau mungkin aku yang silap lagi.. ?
mungkin la kowt…
tapi apa-apa pun aku nak nasihatkan rakan2 dan pembaca
agar memilih kualiti dan harga yang berpatutan..
pastikan anda survey dahulu jangan terus beli bila nampak SALE
tak semua tempat yang BETUL BETUL SALE
kadang-kadang mereka naikkan harga barang then letak sale
bila diturunkan harga tetap sama macam harga asal..
(tak semua tempat.. hanya SESETENGAH)
diharap juga pihak berkuasa dapat memantau mana-mana
shopping compleks or mall yang mengadakan sale
agar pihak pengguna seperti kami tidak TERTIPU
dengan taktik yang agak mencabar keimanan terutamanya
mereka2 yang suka bershopping..
p/s… siapa makan cili dia yang terasa pedasnya…
Post a Comment