Simptom dan Punca Psikosis
Psikosis
Apa Itu Psikosis ?
Psikosis merupakan gangguan tilikan peribadi yang menyebabkan ketidakmampuan seseorang menilai realiti dengan fantasi dirinya. Hasilnya, terdapat satu realiti baru versi orang psikosis tersebut.
Psikosis adalah suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berkaitan gangguan psikiatri lain, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala khusus penyakit tersebut, seperti yang disenaraikan dalam kriteria diagnostik DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) mahupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik ppdgj-III (Manual Pengklasifikasian dan Diagnosis Gangguan Jiwa).
Arti psikosis sebenarnya masih bersifat sempit dan bias yang bererti waham dan halusinasi, selain itu juga ditemukan gejala lain termasuk di antaranya pembicaraan dan tingkah laku yang kacau, dan gangguan daya nilai realiti yang berat. Oleh kerana itu psikosis dapat pula diertikan sebagai suatu kumpulan gejala / terdapatnya gangguan fungsi mental , respon perasaan, daya nilai realiti, komunikasi dan hubungan antara individu dengan persekitaran.
Sumber : Wikipedia
Simptom Psikosis
– Mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit.
– Berasa Keliru.
– Terdengar suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi)
– Mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain. (delusi)
– Percakapan banyak merapu dan mengarut.
– Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab.
Antara Punca Psikosis
– Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental.
– Mempunyai sejarah sakit mental.
– Melahirkan anak (primaparity).
– Mengalami komplikasi ketika hamil.
– Mengalami komplikasi ketika bersalin.
– Masalah sosial.
Sumber : Surat Khabar Metro
Post a Comment