Koleksi Mutiara Kata 3





Koleksi Mutiara Kata
“Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai”

“Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu”

“Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah”

“Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya”

“Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”

“Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan”
“Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam”

“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”

“Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit” Allen Tate

“Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan……… “

“Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat”

“Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah”

“Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan”

“Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain”

“Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya”

“Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya”

“Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada”

“Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia”

“Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai”

“Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal”

“Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya”

“Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan”

“Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi”

“Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan”

“Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan”

“Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu”

“Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan”

“Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya”

“Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama”

“Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian”
Koleksi Mutiara Kata

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.