Disebalik Valentine Day 14 Feb





Info Disebalik Valentine Day
14 February

Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata 

Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 


Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 

Pendapat kedua dan ketiga admin pernah baca.. tpi pendapat pertama tak sure… 

So Sebagai Umat Islam kita tidak seharusnya menyambut
hari Valentine Day
SUMBER : KLIK SINI

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.