Bayi Kembar 7 Dilahirkan ?



Upin Ipin

Cerita Lawak : Bayi Kembar 7 Dilahirkan ?

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka 
diruang rehat sebuah hospital. 
Kegelisahan jelas diriak muka mereka?

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata 
kepada lelaki yang pertama, Tahniah! 
Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.?
 Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang 
memberitahu kepada lelaki kedua, isteri Tuan selamat melahirkan 
bayi kembar tiga. Tahniah!?
 Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu 
kepada lelaki ketiga, Tahniah! Isteri Tuan selamat. 
Tuan dikurniakan anak kembar empat kata jururawat itu dengan tenang.
 Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, 
saya pula bekerja di Four Season Hotel,
kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. 
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. 
Mereka bertanya, Apakah yang merunsingkan awak??
Dengan perasaan gelisah dia menjawab 
Saya bekerja di Seven Eleven.

heeee
cerita lawak semata-mata..
jangan mareh yups...


12 comments

Mahamudah Mutiani said...

Haha! Lawak gile, dpt ke 7 org anak? Mane laa dpt idea nk buat cite lawak gini?

Nurfaizah M Nor said...

hihihi....mmg lawak. yang seven eleven tu ada pilihan. maybe kembar 7 or maybe kembar 11.....dah mcm anak kucing plak!

AbgferOz said...

mahamudah mutiani : hehehe.. tatau la.. hihihih.. ntah2 dpat 11 :)

nurfaizah : hahahaa.. dpat 11 kowt :) atau 7 + 11 ahahaha da mcam kilang plak :P

Cik Purple Pinkypuff said...

hahahahaha.. lawak! =D

farraain said...

hahahahaa....satg yg kuar nye eleven haa...bukan seven daa..

AbgferOz said...

purple : heee.. :)

farraain : hahaaha.. tatau doktor kowt yg pengsan :P

IQ = Iez Qis said...

siyes lawak~~ mundar mandir da lelaki tuuu

AbgferOz said...

iq : hehehe.. naseb naseb :P kna tkar kerja..

Lady Emilya said...

tujuh atau sebelas?
har har pengsan~ xD

AbgferOz said...

emilya : hahaha jgan ditambah dah la hahaha :P

Mia Liana said...

hahahahahaha mana mungkin 7 atau 11 heheheheh.... tak logik....

AbgferOz said...

sis mia : hahaah tuh la nama dia cerita lawak :P

Powered by Blogger.