Apa Itu Katarak ?





katarak
Apa Itu Katarak ?
Katarak adalah keadaan dimana kanta mata bertukar daripada
jernih kepada kabur.
Penglihatan anda menjadi kabur disebabkan oleh cahaya
tidak dapat melalui kanta yang telah legap untuk ke bahagian
belakang mata.(retina)
Punca-Punca Katarak
* Peningkatan Usia
* Kecederaan Mata
* Dadah (steriod)
* Terdedah kepada radang mata berpanjangan
* Penyakit keturunan (kelahiran tidak cukup bulan)
* Kecacatan sewaktu dilahirkan
Tanda-Tanda dan Simptom Katarak
* Penglihatan yang kurang jelas dan kabur
* Melihat imej berganda
* Kesukaran membaca perkataan yang kecil
* Sensitif kepada cahaya yang terang atau berkilau
* Penglihatan malam yang tidak baik
* warna kelihatan tidak terang (tidak seterang seperti sebelum ini
dan kelihatan lebih kekuningan)
* Kesukaran untuk melakukan tugas-tugas yang biasa dilakukan
* Kerap menukar cermin mata atau kanta lekap
Bagaimana Mengesan Katarak ?
* Ujian ketepatan penglihatan
* Ujian pengembangan anak mata
* Tonometri
Cara Rawatan Katarak ?
* Menggunakan cermin mata, kanta pembesar atau
menggunakan cahaya yang terang
* Pembedahan
Sumber Daripada Harian Metro..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.