Tun Dr Mahathir Mohamad Masuk Hospital Melbourne ?
MELBOURNE, 2 OKT:
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad
dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di dada.
Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth
Dr. Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap
pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO
Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.
Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik
“Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?”
Anak Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz yang juga Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan tiba esok bagi menjaga
dan menemani bapanya.
p/s…Marilah kita beramai² mendoakan kesihatan Dr. Mahathir
yang juga bekas perdana menteri Malaysia yang banyak
membantu dalam kemajuan Malaysia…
Post a Comment