Penjara Pudu Dirobohkan...
Sejarah Penjara Pudu
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak
di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar.
Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan
telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.
Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini
telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap
Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia
iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter
telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat
Tembok Penjara Pudu sepanjang 300 meter akan dirobohkan
bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan,
bermula 20 hingga 23 Jun ini.
Pembinaan laluan bawah tanah ini adalah alternatif yang menghubungkan jalan
Pudu Raya ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas
yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah.
p/s… rase sayang plak x pernah masuk utk lihat peninggalan sejarah
di tengah bandar…
Post a Comment