Sunday, February 17, 2013

JiwarOsak Sudah Berpindah

4

Blog JiwarOsak.Com Sudah Berpindah dari Blogspot ke Wordpress
oleh kerana itu blog ini akan dibekukan sementara untuk mencari
pengganti ataupun admin kedua..

sayangkan bila di bazirkan begitu saja :)
heeee.. dalam proses mengedit dan mencantikkan blog baru..
harap bersabar..

http://jiwarosak.com

Saturday, February 16, 2013

Bahana Terlalu Kenyang

4

Bahana Terlalu Kenyang

Abu Sulaiman ad-Durani ada menyebut mengenai enam perkara
yang hilang disebabkan kekenyangan, iaitu : 

1. Hilangnya kemanisan bermunajat (kepada Allah).

2. Dilemahkan daripada menghafal kata-kata hikmah.

3. Diharamkan daripada sifat belas kasihan terhadap makhluk kerana apabila 
seseorang kenyang, dia menyangka yang lain juga berada dalam kekenyangan sepertinya.

4. Berasa berat untuk beribadat.

5. Ditambah nafsu syahwat.

6. Semua orang mukmin berpusu-pusu ke masjid, sedangkan orang kenyang
berada di sekitar tong sampah.



Bahana Terlalu Kenyang



sumber : harian metro - 12 feb 13

Friday, February 15, 2013

Gambar Meteor Hit Russia

3

 
Meteor Jatuh di Rusia

YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang/meteor luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api
menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.


Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.


Sumber : BeritaHarian


Anda boleh tonton video Meteor Jatuh di Rusia

JiwarOsak Berpindah ke Hosting

6

Bertukar ke Hosting

Assalamualaikum.. selamat petang kepada semua members dan pelawat jiwarosak.com
blog kami akan berpindah ke hosting bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari..
kami juga akan membuang segala entry yang mempunyai video atau live streaming
dalam blog kami bagi menjimatkan data bandwith blog kami..

segala kesulitan harap dimaafkan..
design dan widget akan diremove tidak lama lagi..

HOSTING here i COME

Tips Memujuk Perempuan Merajuk

5

Tips Memujuk Perempuan Merajuk

1. Senyum
- Apabila si dia marah dan merajuk, cuba buat muka tai ada perasaan 
ataupun senyum depan dia. Lagi dia marah atau merajuk, teruskan senyum. Senyum
puas-puas sampai cecah kedua-dua terlinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi 
sebab kasihan dan risau dengan kewarasan kamu.

2. Buat Lawak
- Kena tengok 'mood' dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal
tangan si dia hinggap di muka. Pastikan lawak itu menjadi dan cukup kelakar.
Pasti sekejab saja dia merajuk dan selebihnya tergelak dengar lawak kamu.
Kalau pun dia tak ketawa, anggap saja dia ketawa dalam hati.

3. Beli Hadiah
- Belikan si dia sesuatu ikut kemampuan kamu. Apa yang disukai,
minat, idam, benda comel, apa saja. Cuba belikan si dia
hadiah dan buat kejutan untuknya. Mesti cair dan automatik
merajuk terus hilang.

4. Hantar SMS?MMS/Voice Mail
- Manfaatkan teknologi ke tahap maksimum. Sekiranya ada simptom si dia merajuk,
hantarlah SMS/MMS/ Voice mail kepadanya. Guna ayat yang menunjukkan
kamu minta maaf dengan setulus hati. Senang bukan ? Tapi kalau duduk
bersebelahan, takkanlah nak hantar SMS juga. Lebih
baik cakap berdepan.

5. Buat Bodoh
- Tips yang kurang disyorkan sebab mungkin akan berlaku perpisahan.
Tapi kalau kamu nak mencuba, apa salahnya.
Apabila si dia merajuk atau marah, buat tak tahu. Tengok
reaksi dia, sama ada 'fed up' dan terus 'ok' sebab malas nak layan karenah kamu
atau 'fed up' dan terus tinggalkan kamu keseorangan. Kalau pilihan kedua terjadi,
padanlah muka sebab tak pujuk.

6. Merajuk Balik
- Boleh diibaratkan macam main tarik tali. Apabila si dia sedang merajuk,
 cuba kamu merajuk balik dan tengok reaksi dia. Kalau dia pujuk balik, maknanya
dia betul sayang dan sabar dengan kamu. Seronok kalau kesudahan yang bagus,
kalau sebaliknya, tanggung sendiri.


Tips Memujuk Perempuan Merajuk



Sumber : Harian Metro - 12 Feb 13

Thursday, February 14, 2013

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

9

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

10 sebab doa manusia tidak dimakbulkan

Ibrahim bin Adham pernah ditanya penduduk Basrah: " Mengapa keadaan kami
tidak berubah ? Bukankah Allah berjanji akan mengabulkan doa orang
yang berdoa kepadanya ?"

Beliau menjawab : ada 10 perkara yang menyebabkan doa tidak diterima, iaitu :

1. Kamu mengenal Tuhan, tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya.
- Hak Tuhan ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintah-Nya. Jesteru,
janganlah berharap orang yang tidak menunaikan perintah Tuhan doanya akan diterima.

2. Kamu banyak membaca al-Quran, tetapi tidak mahu mengamalkannya.
- Maksud daripada perkataan ini ialah orang terbabit mempunyai pengetahuan
mengenai al-Quran, tetapi tidak mengamalkan kandungan di dalamnya atau
sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai al-Quran, dia tidak
berusaha memahaminya.

3. Kamu mengaku mencintai Nabi, tetapi meninggalkan sunahnya.
- Orang terbabit mengaku mencintai Nabi dan menjadikannya sebagai ikutan, namun
realitinya selalu meninggalkan sunahnya, bahkan melanggarnya.

4. Kamu mengaku menjadi musuh syaitan, tetapi kamu mengikutinya.
- Walaupun mengetahui syaitan itu sentiasa memujuk ke jalan kesesatan, orang terbabit
gemar pula dengan jalan berkenaan. Dia mengakui dan menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya, tetapi dia belum mampu mengawal hawa nafsunya, malah cenderung mengikutinya.

5. Kamu memohon keselamatan daripada seksa api neraka, 
tetapi kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.
- Sewaktu berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membacanya dengan tekun dan khusyuk memohon keselamatan daripada pedihnya azab neraka.
Bagaimanapun, dalam kehidupan sehariannya dia tidak meninggalkan perangai buruk.

6. Kamu Berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, tetapi
kamu enggan berusaha memasukinya.
- Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang mampu 
menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikan
sikap buruknya dengan menjadi kebiasaan dengan sikap baik.

7. Kamu tahu kematian itu benar, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri.
- Kematian jalan untuk bertemu Tuhan, tetapi mereka tidak mempersiapkan
diri untuk tujuan itu.

8. Kamu sibuk dengan aib orang lain, tetapi terhadap aib sendiri
kamu tidak mahu tahu.
- Kegemaran mendedahkan aib orang lain menjadikannya lupa kekurangan
diri sendiri. Hal ini mengakibatkan sifat sombong menjadi-jadi.
- Selama di dalam hati seseorang itu masih ada sifat sombong, meskipun sebesar zarah
tidak akan masuk syurga. Begitulah kata-kata Nabi : 
"Nilai sombong sebesar zarah mampu menggagalkan seseorang untuk masuk syurga.
Apa lagi satu doa, sudah tentu ditolak."

9. Kamu Sudah banyak menikmati nikmat Tuhanmu, tetapi kamu
tidak mensyukurinya.
- Orang terbabit lupa nikmat diberikan Tuhan kepadanya, padahal sudah sekian banyak
dikurniakan kepadanya. Tuhan benci orang tidak tahu berterima kasih.
Jesteru, mana mungkin Tuhan akan melihat orang terbabit sewaktu berdoa kepadanya.

10. Kamu sering mengebumikan mayat, tetapi tidak pernah mengambil
iktibar daripadanya.
- Orang terbabit tidak banyak mengambil pengajaran daripada kematian,
sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia
tidak mengubah sikap buruknya.


10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan


sumber : Harian Metro - 8 feb 13

Tarikh PilihanRaya Umum ke 13 | PRU13

7

Tarikh PilihanRaya Umum 13

dalam kesibukkan meniti hari demi hari ramai yang kian tertanya-tanya tarikh sebenar
pilihanraya yang bakal diadakan.. sudahkah perdana menteri kita membuat keputusan
tarikh pilihanraya yang bakal menentukan hala tuju negara..

dalam mencari² tarikh sebenar pilihanraya ke 13 admin sempat berborak
dengan beberapa orang kuat politik.. samada dari parti kerajaan
mahupun dari pembangkang.. dan tarikh yang dapat admin korek
adalah pada 30-31 Mac 2013 bulan depan..
betOi atau tidak ? (entah lah..)

harap² tidak kena pada tarikh perkahwinan abang admin..

kepada semua rakyat Malaysia admin menyeru agar kita sama² mengundi
pada pilihanraya bakal datang.. kerana undi kita penentu masa depan negara..
terpulang kepada kita untuk mengundi yang mana satu.. yang penting
sebagai rakyat Malaysia kita mengundi...

#heeee.. admin baru 1st time nak mengundi..

Tarikh PilihanRaya Umum 13

Wednesday, February 13, 2013

Kecik-Kecik Dah Kena Tempah

4

Kecik-Kecik Dah Kena Tempah


Cikgu: sapa nak masuk Syorga?
Murid: (diam tak kata pa)

Cikgu: erm'sapa nak masuk neraka?
Murid: (diam tak kata pa)

Cikgu: ai,kamu smua ni tak mau masuk Syorga ka?
Sy tnya neraka pn kamu diam.

Murid
Ali : bapak sy nak sy masuk Universiti, cikgu.
Samad : mak sy nak sy masuk Kolej, cikgu.
Suraya : mak sy nak sy masuk Kastam.
Abu : bapak sy nak sy masuk meminang Suraya nnt, cikgu..



p/s... heeee.. kecik2 dah kena tempah.. hihih

Anak Dibayar Rm600 Untuk Berhenti Guna Facebook

8

Anak Dibayar Rm600 Untuk Berhenti Guna Facebook

Boston : Seorang bapa dari Wellesley, **** membayar anak perempuannya
berusia 14 tahun sebanyak AS$200 (Rm600) agar berhenti menggunakan facebook selama
lima bulan.

****** dilaporkan memutuskan untuk membayar anak perempuannya, **** agar berhenti
menggunakan facebook dan remaja terbabit diminta menandatangani kontrak itu.

***** menutup akaun facebook dan memberitahu kata laluan miliknya kepada bapanya
selepas menerima wang itu.

Ini bukan kali pertama seorang pengguna facebook memutuskan untuk
berehat panjang daripada menggunakan perkhidmatan itu.

Akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua pertiga pengguna facebook secara sukarela
berehat kerana khabar angin keterlaluan daripada kawan mereka dan bimbang mengenai
privasi masing-masing.

"Menurut kaji selidik terbari diterbitkan Pusat Penyelidikan Pew AS, hanya empat peratus pengguna
facebook memilih hak privasi, dengan satu peratus mengatakan mereka tidak suka berkongsi kehidupan
mereka di facebook. hanya dua peratus berkata, mereka memilih untuk berkomunikasi secara bersemuka,"
lapor The Guardian..



Sumber : Harian Metro : 8 feb

Tuesday, February 12, 2013

Derma Rm200 ke Tabung Surau

6

Derma Rm200 ke Tabung Surau

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.
Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan
memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan
memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum.
Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga.

Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .
Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya
dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu
"Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh
dari beg duit encik tadi".




p/s... agak² rizal ambik balik tak duit tuh.. ? hihihih..

Monday, February 11, 2013

Lupa Nama Isteri Rupanya

3

Lupa Nama Isteri Rupanya

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah,
memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang...
Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah,
kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."

 Mizal mengangkat bahu dan berbisik,
"sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."



p/s... alahaii.. lupa nama isteri rupanya..
laki siapa la ni ekk.. ?

Sunday, February 10, 2013

Hadiah Cincin Berlian

7

Cincin Berlian
(gambar hiasan)

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta
sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya.
Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya,
"Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."




p/s... bijak juga suami dia.. hahaha nak kna cuba ni..
hahahaha...

Saturday, February 9, 2013

Cara Semakan Status Permohonan BR1M

8

Cara Semakan Status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)

terdapat 3 cara untuk menyemak status permohonan bantuan rakyat 1Malaysia 
BR1M 2.0 anda lulus ataupun gagal..

bagi yang ingin menyemak status permohonan BR1M
anda boleh cuba samada cara :

1. Email  
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Salam 1Malaysia
saya ******** ingin bertanyakan status permohonan BR1M 2.0 saya samada lulus atau tidak..
no kp : 880809******

2. Call 
Bilik Operasi BR1M 2.0
Kementerian Kewangan Malaysia
Hotline : 1-800-222-500

3. Pos
- Tunggu Surat Status Permohonan BR1M sampai di rumah anda..

balasan email dari permohonan status BR1M admin..

yeyyy.. Rm250 dalam tangan.. errr nak shopping apa ekk.. ?
jum jum jum datim ^!^

kepada yang belum lagi mengetahui status permohonan BR1M anda atau
masih menanti kunjungan surat status permohonan bley try cara 1 dan 2 
lagi cepat dan tidak ternanti-nanti.. hihihhi boleh sakit jiwa tunggu
dup dap dup dap dup dap.. hahaha...


#muka ada happy rm250 dalam poket :P

Tips Semasa Temu Janji

5

Tips Semasa Temu Janji

4 Pantang Semasa Temujanji
1. Tidak Menepati Masa
- si gadis selalunya berdepan masalah kiranya si kekasih lewat atau salah masa daripada apa yang dijanjikan. Kiranya, banyak kali juga si gadis terpaksa menunggu atau membuat aktiviti lain terlebih dulu untuk menunggu kekasihnya tiba. Alasan klise, jalan sesak.
Tapi tidak kurang juga golongan gadis yang ada kalanya seperti 'tidak faham bahasa' apabila membuat kekasihnya menunggu diluar rumah semata-mata ingin menunggunya bersiap. Kalau keluar rumah selepas berjam berdandan, jadi macam Neelofa lain cerita, ini sama saja gayanya.

2. Jangan Terlampau Melayan Telefon Semasa Berjumpa Dengan Si Dia
- kepada jejaka atau gadis yang begitu komited terhadap kerja, tolonglah letak sebentar segala tanggungjawab itu ketepi kerana jika terlalu kerap 'bermain' telefon atau menjadi penyelesai masalah ketika bertemu janji, ia akan menimbulkan rasa menyampah atau sakit hati kepada pasangan anda. Ayat biasa yang kita dengar : " Amboi sibuk mengalahkan perdana menteri".

3. Jangan Membebel Kerana Ia Boleh Menjejaskan 'Mood' Si Dia
- Pantang tersalah atau silap sikit, terus saja membebel tanpa berhenti. Lebih menakutkan, mulut mengomel dan membebel lebih sejam sedangkan perkara yang dibisingkan itu kecil saja.
Itulah realiti kebanyakkan gadis, kononnya ambil berat, tapi tanpa anda sedar, sikap itu mengingatkan si jejaka kepada ibu mereka. Takkan masih nak ingatkan karakter ibu kalau hendak bertemu janji. Lebih baik mereka menemani saja ibu mereka ke pasar.

4. Elakkan Bercerita Hubungan Lalu
- Karakter banyak cakap atau terlalu lurus bendul akan mudah terjerumus kepada kesalahan ini. Bercerita atau dengan selamba berkongsi kisah cinta yang lalu kepada kekasih sekarang.
Itu adalah satu perkara yang sepatutnya dielakkan kerana boleh membuatkan pasangan anda terasa atau kecil hati lebih-lebih lagi berkongsi kisah saat manis dalam hubungan terdahulu.
Lain pula dengan kekasih atau pasangan yang sibuk ingin tahu pasal hubungan lalu, kononnya ingin membandingkan dengan cinta kepadanya kini. Itu adalah satu penyakit yang harus dibuang jauh sekiranya anda tergolong dalam kategori itu..


Tips Atau Pantang Larang Semasa Temu Janji


Sumber : 4 Pantang Semasa Temu Janji, 
                   Harian Metro 23 Jan 2013

Friday, February 8, 2013

10 Perkara Di BENCI ALLAH

4

10 Perkara Di BENCI ALLAH

1. Gelojoh ketika makan

2. Banyak Bercakap

3. Suka Marah-marah

4. Hasad Dengki

5. Kedekut & Bakhil

6. Bermegah-megah

7. Cintakan dunia

8. Ego atau Sombong

9. Ujub dan Suka Bangga Diri

10. Gemarkan Pujian atau Riak


10 Perkara Di BENCI ALLAH

Penyelesaian untuk Rambut Serabut

10

Penyelesaian untuk Rambut Serabut

setiap yang ditetapkan atau diaturkan untuk kita ada sebab..
dan ini mungkin salah satu penyelesaian untuk masalah anda..
heeee.. jangan marahh.. 


#PEACE NO WAR

Thursday, February 7, 2013

Hukum Tidur dalam Keadaan Bogel

10

Hukum Tidur dalam Keadaan Bogel

Soalan
assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.

Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)



sumber : islamgrid

Sendiri Leka Salahkan Anak..

4

Sendiri Leka Salahkan Anak..

heee... dah takda kerja aku ni barangkali.. asyik komplain komplain dan terus komplain..
dan kali ni terjadi sewaktu aku nak pergi kerja..

minggu lepas sewaktu dalam perjalanan nak pergi kerja aku terlalu 1 kawasan perumahan ni..
sewaktu ibu dan bapanya sibuk mengemas bonet untuk balik kampung barangkali
anak mereka ditinggalkan dalam kereta dan seorang di sit pemandu..
sedang mereka leka mengemas di bonet salah seorang anaknya telah
menghidupkan enjin kereta.. dan semua yang berada disitu terkejut..

dan lagi memeranjatkan aku bila ayah dia tengking anak dia
yang tak reti apa²... perghhh.. dah la salah sendiri letak anak kat sit pemandu
then tinggal kunci kat situ.. err agak2 siapa yang ajar budak² tuh start enjin ekk ?
heeee.. isk isk isk..

kalu ye pun nak marah agak² la sampai terkejut kambing budak tuh..
nasib aku takda sakit jantung kalu tak dengan aku skali jalan mengadap kiblat.
isk isk isk..

Wednesday, February 6, 2013

Bila Ayam Pakai Kasut

9

Bila Ayam Pakai Kasut

heeee.. siapa la rajin sangat pakaikan ayam ni kasut..
hihihih.. 

Hukum Menyambut Hari Kekasih | Valentine's Day

6

Hukum Menyambut Hari Kekasih | Valentine's Day

Hari valentine ialah Hari Memperingati kematian Pope/Paderi bagi agama
Yahudi. Justeru itu umat Islam DILARANG untuk menyambut dan memperingati
hari tersebut kerana ia bukan dari ajaran Islam.


Keputusan: 
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم     
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.
(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi
umat Islam akan datang.
 
Harus berkahwin pada 14 februari dengan syarat jangan dikaitkan dengan
sempena apa-apa hari yang diraikan.

ada 3 pendapat tentang hari kekasih @ valentine's day
sila baca disini Pendapat Hari Kekasih @ Valentine's day



Isteriku Curang dengan..

4

Isteriku Curang dengan..

fuhhh.. lepas satu kes ni satu kes lagi tapi kali ni tajuk dia agak gempak sikit..
heeee bukan curang dengan manusia tapi...
isteriku curang dengan tudung sehinggakan...

semalam lepas habis mandi di hutan lipur kanching, rawang aku dan kawan
singgah di masjid india konon² nak shopping.. singgah di kedai
tudung aku pun tunggu la depan pintu.. malas nak masuk ramai sangat awek² tengah
cari tudung.. so buat muke cumil sikit duk depan pintu sambil cari² calon..

sedang berdiri menanti depan pintu kedai aku ada perasan sorang akak ni
datang dengan anak dia lingkungan umur 5 tahun gitu..
sedang dia sibuk² membelek tudung anak dia berjalan keluar kedai..
aku tengok ja apa budak tuh nak buat.. dan sampai satu part
budak tuh pergi kedai sebelah.. baru aku nak panggil budak tuh tengok²
mak dia kelibut cari anak hilang.. haaa baru kau tau..
nasib anak dia tak jalan jauh lagi.. so keluar kedai boleh nampak..

tapiii.. kalu aku orang jahat.. waktu anak dia keluar kedai sorang² dah
lama selamat budak tuh aku culik... 

sooo.. kepada akak² yang bershopping tuh.. kalu boleh bawa la peneman
or dukung or ikat je anak tuh kat diri sendiri.. agar tidak berjalan keseorangan..
bahaya woOoohh.. dah la masjid india waktu petang penuh dengan manusia..
isk isk isk..


#sekadar ingatan

Tuesday, February 5, 2013

Templer Park ke Hutan Lipur Kanching ?

2

Hutan Lipur Kanching

minggu lepas dapat cuti sehari.. ingat nak tidur ja.. tetiba malam tuh mengidam
nak mandi air terjun hutan lipur kanching plak.. teringat dah lama tak mandi air terjun.. so
keesokkan paginya plan pergi dengan member.. al maklum lah bila 
gerak waktu pagi mamai sikit.. so kitaorg berhenti di templer park, rawang
bila sampai depan pintu gerbang baru perasan kitaorg salah tempat..
hik hik hik.. dasar mamai.. 

alamakk.. silap tempat la.. sini mana best... so kitaorg teruskan perjalanan 5 minit
dari templer park maka sampailah ke hutan lipur kanching yang diidamkan..
heeee.. bila nampak pintu gerbang dah senyum panjang.. hik hik hik..

mendaki dalam 15minit gak la nak naik ke aras 6 mencari air terjun terbaekk..
lambat sikit pasai kawan sorang semput plak.. hahaha.. kesiann..
naik tangga pun semput.. hik hik hik..

tapi bila dah masuk dalam air hilang semputnya..
tak caya ? meh tengok gambar admin berposing sakan di air terjun..
 muka ada happy :P
ini semua aku yang punyaa.. hak hak hak..
poyo sekejab.. hahaha
 abaikan bangla kat belakang tuh.. hik hik..
 alololo.. cumilnya.. anak siapa la ni ekk.. hahaha *perasan sat
 tahan nafas konon² kurus..
 inilah dia air terjun 51 tingkat kah kah kah
 bila tok janggut posing ni la jadinya...
sejuk, nyaman, segar dan macam² lagi perasaan bila kat sini..

rugi kepada mereka yang belum pernah mai hutan lipur kanching ni..
bukan saja ada air terjun banyak tapi.. ada ikan yang suka geget² kaki..
free beb takyah bayar.. siap boleh kasi makan ikan lagi kat sini..
taktau la apa ikan ada tapi kat sini banyak ikan.. dan yg admin perasan
ada ikan keli 2 ekor gitu hik hik hik..

rasanya minggu ni admin nak pergi lagi.. tapi tak sure
sabtu or ahad.. nantikan je gambarnya.. hihihih..

Hutan Lipur Kanching, Rawang

Tips Mudah Menjaga Braces

5

Tips Mudah Menjaga Braces

5 Langkah Mudah Menjaga Braces

1. Menjaga Kebersihan gigi dan gusi.
- berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. kemudian
gunakan berus berbulu untuk membersihkan makanan yang terperangkap antara
besi dan kurungan pendakap gigi.

2. Penggunaan Flos
- Pemakai harus meletakkan di flos di bawah wayar dan tarik flos dengan 
tangan yang lain dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan apa-apa makanan
yang mungkin terperangkap di antara gigi dan gusi. Ulang proses berikut dengan perlahan-lahan.

3. Urutan Gusi
- Hujung getwah berfungsi untung mengurut gusi anda. Penjagaan gusi
dengan baik akan menjadikan gigi bebas bakteria manakala proses rawatan
juga akan berjalan lebih lancar.

4. Penggunaan Lilin
- Gunakan lilin (yang disediakan pihak pergigian) untuk mengurangkan kesakitan daripada
pemakaian pendakap gigi.

5. Periksa Tahan Kebersihan Gigi
- Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan
gigi dan gusi mereka adalah memuaskan.

Tips Penjagaan Pendakap Gigi
- Memperbanyakkan minum air suam.
- Rajin Berkumur.
- Memperbanyakkan guna ubat berkumur.
- Patuhi arahan doktor

Jenis dan Harga Pendakap Gigi
(tertakluk pada harga klinik)
- Normal Metal - Rm5,000
- Advance Metal Braces - Rm6,000
- Clear Ceramic Braces - Rm7,000
- Lingual Braces - Rm20,000




sumber : harian metro 4 feb 13

Menangis Bila Gajah Mati

3

Menangis Bila Gajah Mati

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian
seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut
telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis
bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung
kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan.
Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Info Tentang Bayi

3

Info Tentang Bayi

* ada beberapa ciri menarik mengenai bayi misalnya, bayi baru lahir
cenderung mengalihkan kepala mereka ke kanan berbanding ke bahagian kiri.

* Jantung bayi yang baru lahir berdenyut antara 120 hingga 160 degupan seminit
berbanding degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 degupan seminit.

* Bayi juga bernafas lebih cepat iaittu antara 30 hingga 50 nafas seminit berbanding
orang dewasa antara 16 hingga 20 nafas seminit.

* Pada usia enam hingga 12 minggu, bayi sudah mula tersenyum, malah boleh mempelajari
bahasa pada peringkat awal kerana bayi mula mengenal perkataan apabila
ia hanya berusia 10 bulan.
Info Tentang Bayi



Sumber : Harian Metro 4 feb 13

Monday, February 4, 2013

Senarai Pemenang GA New Year

42

Giveaway New Year 2013

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
kepada semua pemenang di bawah ini..
kepada yang tidak menang jangan kecewa kerana 
setiap penyertaan akan membawa pulang brooch
tajaan Ilham Nurry Dot Com

setelah beberapa kali blogwalking ke blog peserta
admin telah memilih 3 blog the best utk pemenang kategori..
dan ada beberapa blog yang tidak menepati syarat ga
tidak akan mendapat hadiah harap maklum.. 

KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

kepada pemenang² sila inbox facebook/twitter SPONSER
untuk claim hadiah anda..

||
||
||
||
||
semak no penyertaan anda disini ==> No Penyertaan

dan pemenang² cabutan bertuah adalah...

- Topup Rm50 dari Elih Japahar
*03

- Cash Rm30 dari Mahadi Mohamed Arifin
*101

- Cash Rm20 dari Cuba Teka
*74

- Sehelai Baju Berkualiti Tinggi dari Khalid Kyle
*40

- 2 Helai Baju Kami Blogger dari Nadia Syafiq
*27
*59

- Minuman Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC) dari Makbed Journal
*67
*17
*35

- Pendrive SONY 16GB dari Izzat Nazmi
*23
*60

- Pendrive sony 4GB dari Julia Ngah
*100

- Topup Rm10 dari Mohamad Nasir
*13

- Topup Rm10 dari Nurul Syarafina
*48

- 1 Mug dari Shada Rainza
*115

- Perfume dari I'am Yanty
*81
*66

- Topup Rm10 dari Kopi Pasta
*62
*95
*96

- shawl dan baju + Review dari Iyliana
*78
*102

- Tudung dari Azura Exlela
*12

- Air An Nur dari Muhammad Anas Hamzah
*94
*07
*04
*18
*46
*01
*72
*83
*15
*105
*45
*65

- shawl + brooch + hadiah misteri dari LuNa Lee
*50

- Button dari Eqbal Zack
*24
*56
*98
*103
*37
*20
*106
*112
*19
*80

- Topup Rm5 dari Mailey Smilez Mai
*84
*82
*52

- Topup rm 5 dari  نور فاره شهيرح روسلي
*109

- button badge dari Nurul Fatiah
*99
*44
*33

- Gelang Nama dari Nurdiyana Asilah
*22
*73

- Key chain + calendar mini dari Shida Radzuan
*16
*06
*31


PEMENANG HADIAH UTAMA
ENTRY TERBAIK
- Cash Rm50 dari Ekram Mahat dan Domain .Com 1tahun dari Potia Casadelarossa
* 107

ENTRY KREATIF
- Cash Rm40 dari Misz Nadea dan ping 2x di fanpage 900k dari Abdul Farique
*110

ENTRY SENGET
- Cash Rm30 + iklan 1bulan dari Aida Natasya
*53



Sila Tuntut Hadiah Anda Pada Mereka ==> Senarai Sponser
(inbox nama penuh, url blog, alamat rumah*sekiranya barang)


Jutaan Terima Kasih Diucapkan kepada Sponser² dan peserta² yang
sudi memeriahkan giveaway jiwarosak untuk kali kedua..
diharap anda semua tidak serik untuk join sekiranya ada giveaway ketiga
dikemudian hari kelak.. insyallah..


sekiranya terdapat apa² masalah claim anda boleh rujuk terus ke admin

Sunday, February 3, 2013

Jual Anak Sebelum Terlambat..

2

Jual Anak Sebelum Terlambat..

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..
Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana?
Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA.
Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual
budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE....



p/s... didikan agama dan kasih sayang perlu diutamakan dalam mendidik anak²..
yang lebih terserah pada takdir..

*hanya lawak semata²

Saturday, February 2, 2013

Kpop Punya Pasal

5

Kpop Punya Pasal


hahaha.. mak dia anti kpop rupanya..
hik hik hik..

Rahsia Warna Lipstik

7


Rahsia Warna Lipstick

Lipstik Warna Merah
- merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka. Buruk akibatnya nanti. Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

Lipstik Warna Coklat
- Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej, Bagi mereka bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Lipstik Warna Ungu
- Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini.

Lipstik Lip Gloss Tanpa Warna
- Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa warna. Malah paling tidakpun, mereka hanya memilih pengilat bibir mengikut warna bibir. Walaupun tanpa warna, ia tetap memberikan kesan tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.




Rahsia Warna Lipstick
sumber : surat khabar harian metro 22 jan 13

Friday, February 1, 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

70

giveaway jiwarosak dot com
Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

Alhamdulillah.. sekali lagi dapat buat giveaway atas sokongan dan kerjasama
rakan² yang banyak membantu dalam mempromosikan
dan meningkatkan pelawat blog jiwarosak.com

Giveaway NewYear 2013 dianjurkan hanya untuk berkongsi kegembiraan
dan saguhati daripada blogger² lama mahupun baru sempena menyambut tahun baru
dan permulaan baru bagi tahun 2013..

CARA SERTAI GIVEAWAY
1. Tajuk "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"
2. Letak Gambar Giveaway seperti diatas dan Backlink Entry Ini
3. Copy dan Paste URL/Link Sponser dalam ENTRY ANDA (Backlink)
4. Follow dan Like Website/Fanpage Sponser
5. TAG 3 orang rakan blogger (inform mereka)

hanya dengan 5 STEP anda boleh menang pelbagai hadiah..
terdapat beberapa kategori khas akan dipilih..

 ~ENTRY TERBAIK ~
ENTRY KREATIF ~
ENTRY TER SENGET ~

hadiah yang lain akan diberi secara random melalui cabutan bertuah..

SENARAI SPONSER (follow dan backlink)
 JiwarOsak 
  mGosip
  Cuba Teka 


 SEMUA PESERTA akan mendapat
Brooch tajaan  Belalang Hijau Perisik 

antara hadiahnya adalah Domain .Com, Cash 50, Topup 50, Cash 40, Cash 30
dan banyak lagi untuk dimenangi..

TIDAK semestinya anda harus follow semua sponser dalam 1 masa.. 
anda boleh follow sedikit demi sedikit sehinggalah 31Januari..
(hanya like fanpage sekiranya sponser tak letak button follow)

Giveaway BERMULA pada 7Jan dan TAMAT pada 1Feb
PEMENANG akan diumum pada 4Feb pukul 12 Tengahari

sudi sudikan diri anda untuk mencuba nasib dan 
memeriahkan lagi giveaway ini.. 

...Terima Kasih 
kerana tidak putus² support dan melawat blog Jiwarosak.Com
JASAMU DIKENANG (versi boboiboy)...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More