Thursday, January 31, 2013

Budak 4 Tahun Memandu Kereta

6

Budak 4 Tahun Memandu Kereta

entry kali ini hanya untuk mengingatkan ibu bapa.. 
bukan untuk mengondem atau menyalahkan mana² pihak.. 
..harap maklum..

semalam waktu dalam perjalanan pulang ke rumah aku berhenti di 7 Eleven
berhampiran dengan rumah untuk membeli barang..waktu keluar 
aku nampak sorang ayah ni keluar kereta dan order burger sebelah 7eleven..
dan bila lalu disebelah keretanya aku perasan ada 2 orang budak
lingkungan 3 ke 5 tahun berdiri di sit memandu dengan enjin kereta masih hidup..

terkejut gak.. ayah dia boleh order burger tinggalkan anak di sit memandu
dengan enjin yang masih hidup.. walaupun hanya lingkungan 13 langkah.. tapi
maklum la malang tak berbau.. kalu lah salah seorang budak tadi main handbreak or
tekan minyak ataupun orang culik.. tak ke naya.. dah la tingkap tak tutup..
takottt wooOoo.. walaupun rambut sama hitam (dulu la skarang dah macam² warna)
tapi hati tarak orang boleh baca waoooOoo..

berhati² sebelum terkena.. 
kerana penjenayah dan kemalangan tidak mengenal waktu mahupun menunggu anda..

Nak Kentut Pun Susah

4

Nak Kentut Pun Susah

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.
“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”
“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

Lirik Lagu Menyambut Janji - Letto Band

1

Lirik Lagu Menyambut Janji - Letto Band

Lirik Lagu Letto Band - Menyambut Janji 

Ku meanti sang kekasih
Dalam sunyi ku bersuara lirih
Yang berganti hanya buih
Yang sejati tak akan berdalih

Lembaran putih telah terpilih
Dan demi cinta
Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut janji

Kisah cinta yang abadi
Takkan ada jika tak kau cari
Sering juga hanya mimpi
Yang membuatku tertahan disini

Lingkaran putih telah terpilih
Dan demi cinta
Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut janji

Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan tuk menyambut janji

Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai megerti
Dan berani tuk menyabut janji

Sinetron Aliya

Lirik Lagu Menyambut Janji - Letto Band

Wednesday, January 30, 2013

Khasiat Telur Separuh Masak

10

Khasiat Telur Separuh Masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan,
 terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.



p/s... errr.. ni nak ubat anak ke ubat ayahnya ? hihihi
*sekadar lawak semata²

Lirik Lagu Sayang - SHAE

3

Lirik Lagu Sayang - SHAE

Lirik Lagu Shae - Sayang

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

(2)
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Repeat 2


Lirik Lagu Sayang - SHAE


Tuesday, January 29, 2013

Guide dan Info Gunung Datuk, Rembau

9

 Guide dan Info Gunung Datuk, Rembau

akhirnyaa.. selepas beberapa bulan tak mendaki semalam terlaksana gak
impian nak mendaki gunung datuk, rembau.. walaupun plan awalnya untuk
ke gunung ledang.. tapi dapat mendaki gunung datuk pun dah kira ok lah..
hik hik hik..

untuk mendaki gunung datuk anda perlu membayar rm5 ala² permit untuk mendaki la..

anda boleh contact no. diatas sebelum mendaki takut² ditutup atau
ada event sedang berlangsung.. nanti jadi macam kitaorg
terpaksa menunggu 3 jam sebelum dibenarkan mendaki coz ada event
larian gunung sedang berlangsung..

muke semangat sebelum mendaki.. 
bermulanya pendakian kami untuk ke kaunter pendaftaran..
hik hik hik.
 Semut Hutan.. beso tak ? heee.. seram sehh..
 rehat seketika.. ceramah pagi.. hahaha..
meneruskan pendakian ke puncak gunung datuk..
 masih bersemangat sehh..
cik akak kira duit ingat ada 7eleven ekk kat atas ? hihihih..
yeahh akhirnya dah sampai..
posing jangan tak posing :P
puncak tertinggi gunung datuk :)~
kawan 130kg boleh daki sampai puncak :) terbaikkk..
 posing mautt..
 main cak cak with abam polis.. 
dikatakan tapak kaki hang tuah.. betoi ke.. ?

kepada sesiapa yang ingin mendaki gunung datuk, meh la try..
tak susah mana pun.. yang penting jangan bawa bag berat2..
air kna ada.. atleast 2 botol.. kalu ada sarung tangan lagi ok..

nak guide or tidak terpulang la. kat track dah ada tanda just ikut tanda
dah boleh sampai atas.. 

Guide dan Info Gunung Datuk, Rembau

Untung Jadi Pemain Simpanan

6

Untung Jadi Pemain Simpanan

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Monday, January 28, 2013

Kes Histeria Perempuan Melayu

4

Kes Histeria Perempuan Melayu

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh dan syaitan

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap! 

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! 

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu. 

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" 
Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???" 

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... 
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", 
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, 
Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...




p/s... alahai ketua jin kaki karoke rupanya..
hik hik hik..

Sunday, January 27, 2013

Kasi Syaitan Makan Julap

6

Kasi Syaitan Makan Julap

Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!




p/s... korang jangan cuba plak.. silap² syaitan tuh tak makan julap
korang plak yang masuk Hospital..
 hik hik hik..

Saturday, January 26, 2013

Jack, Queen, King

3

Jack, Queen, King

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “Siapa yang pandai membilang?”
Seman mengangkat tangan.
“Betul ke kamu pandai membilang?”

“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”
“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”
“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”
“Tujuh.”

“ Selepas sembilan?”
“Sepuluh…”, jawab Seman.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang.
Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, “Jack, Queen, dan King.”

Menghina Allah dan Rasulullah ?

8

Menghina Allah dan Rasulullah ?

Biadap Biadap Biadap..

ini saja yang mampu admin taip.. kalu ikutkan hati..
habis macam² jenis sumpah seranah dah bubuh.. tpi
kadang² hina sahaja tak guna.. kita perlu lakukan sesuatu

TOLONG TOLONG TOLONG
admin merayu kepada semua yang baca entry ini agar
tolong report profile facebook ini ke facebook..

caranya MUDAH..
1. masuk ke profile si BIADAP ini
dan
2. klik pada anak panah bawah
3. klik pada report/block
4. submit report
5. report account
6. This timeline is full of inappropriate content

mudah mudahan dengan report anda semua
profile facebook yang menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W
DITUTUP oleh pihak facebook

please.. do report and share

Friday, January 25, 2013

Melangkah Bahu Untuk Ke Saf Depan

9

Melangkah Bahu Untuk Ke Saf Depan

Assalamualaikum... heee.. hari ni aku nak share cerita
yang sedikit sebanyak menaikkan darah aku setiap kali hari jumaat tiba..

mungkin hanya terjadi padaku.. or mungkin juga aku baran sikit dari orang lain..
tapi bagi ku.. ia agak biadap or kurang sopan..

ceritanya bermula setiap kali jumaat.. biasalah kalu dah datang awal mesti duduk saf depan
untuk dengar ceramah dan khutbah.. tapi hari ni aku terlewat sedikit
dan hanya dapat duduk di saf tengah..
sedang duduk kusyuk mendengar ceramah sebelum khutbah ada orang sentuh bahu
nak lalu duduk depan.. ok la..senget sikit kasi laluan orang nak duk saf depan..
maklum la.. saf depan banyak sikit pahala.. heee..

ustaz tengah buat lawak waktu ceramah tetiba ada orang melangkah bahu aku
dan lututnya terkena bahu aku.. menyenget gak la.. perghh..
dah la lutut bahu aku.. then jangan kata maaf, senyum, toleh pun tidak..
pakainya serban.. tapi habis semua org dilutut dan disepaknya
tanpa membongkokkan badannya tanda hormat or nak lalu..
bukan main nak duduk saf depan skali.. tpi main langgar je semua org..
isk isk isk.. #&%@*#%@ elok nak sejukkan hati mai awal kat masjid
alih² panas je.. walaupun sekejab.. tpi menyirap gak la..

bukan sekali dua.. tapi kerap kali berlaku.. 
sebenarnya ramai org nak duduk saf depan skali..
tapi yang membezakannya adalah cara kita utk ke saf depan..


Kecik-kecik dah Pandai Menipu

6

Kecik-kecik dah Pandai Menipu

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”


Thursday, January 24, 2013

Bila Boss Tunjuk POWER

5

Bila Boss Tunjuk POWER

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

 "Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap. Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!
       
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

 Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".



p/s... kalu ye pun nak tunjuk power jangan la sampai pekerja
sendiri pun tak kenai.. hik hik hik.
baru masuk kerja dah rugi rm800

Wednesday, January 23, 2013

Pelawat dari Ohbelog.Com

11


heee.. hari ni aku nak cite pasal pasal tempat ping ohbelog.com plak..
heeee aku ni da macam tukang promosi la plak.. tapi nak buat gimane..
nak tolong kawan² blogger baru dan lama untuk dapatkan pelawat
so aku share la juga..

sebenarnya aku pun taktau sangat pasal ohbelog ni..
sehinggalah 1 hari aku blogwalking dan ternampak kat referrer
satu blog ini yang pelawat blognya kebanyakkan datang dari ohbelog.com
so apa lagi aku pun cuba register dan try sendiri ohbelog.com ni..
ternyata apa yang aku nampak memang tidak salah lagi..
ohbelog memang membantu untuk meningkatkan pelawat blog

referring sites rank ohbelog no.4 walaupun dalam proses percubaan..
tengok.. terkejut gak.. walaupun dalam proses percubaan tapi dah kasi
pelawat berlipat ganda.. heee.. 

so kepada rakan² blogger aku cadangkan korang guna ohbelog.com untuk
ping entry terbaru.. walaupun limited kepada 3 ping sehari..
tapi berbaloi² untuk dicuba..

..selamat mencuba..

Lelaki Kahwin 4

16

Lelaki Kahwin 4

heeee.. sekiranya solat pun tak cukup 5 waktu mampukan kita
untuk berlaku adil sedangkan kita masih leka dan alpa
dengan tanggungjawab kita..

bak kata nabil.. "Lu Pikir La Sendiri.."

Tuesday, January 22, 2013

SpongeBob dan Patrick Star di FacebOok

4

SpongeBob dan Patrick

Monday, January 21, 2013

Kerja Part Time Batman

3

Kerja Part Time Batman

heee.. tengok rajin tak batman ? walaupun bz membantras jenayah tapi
masih mengambil upah buat part time.. hik hik hik..
(gurauan semata-mata)



Berusaha Mencari Rezeki
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.

Membuka Aib Orang

2

Aib

Jangan Mendedahkan Aib Orang lain
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Sunday, January 20, 2013

Cemburu Buta

3

Cemburu Buta

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".




p/s... heee... agak² kalu anda laki dia ape plak anda nak buat.. ?
heee...

Program Tahun Melawat Malaysia 2014

3

antara yang menarik waktu perasmian program
tahun melawat Malaysia 2014

semalam pagi gulink² kat nilai 3 cari karpet dengan bantal 
yang agak murah dari biasa.. memang pening kepala pusing kat nilai 3..
terlampau banyak pilihan.. dan harga memang berbeza.. so kalu nak bershopping
kena rajin berjalan dan survey utk dapatkan barang berkualiti dan murah..

balik dalam kul 4 lebey gitu.. lepas asar terus gerak ke bukit jalil
ada program perasmian perdana menteri
Tahun Melawat Malaysia 2014

bila datang petang tuh tak ramai sngat.. bila pusing²
jumpa booth Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ramai pulak orang
pakat beratur ambik baju free..  wahhh nak beratur malas plak..
tengok si tukang edar kawan plak.. hahah so melekat kat situ
jadi tukang sibuk dan tukang edar baju percuma..
hik hik hik..

antara yang menarik waktu malam perasmian
 kawan siapa ni.. ? heee..
 skali pandang dah macam ICity Shah Alam plak hik hik hik..
 ketepi ketepi gajah mau lalu...
 kuda ku lari gagah berani.. eh eh.. helang la.. 
 hang jebat sama hang tuah
 miauuuu.. errrrr.. aummm.. aummm...
malam ramai orang datang.. waaaa... awek cumil cumil..
rambang mata cari calon.. hik hik hikk..
(untung la single..)

sempat gak ambik video bunga api.. penutup 
video

Program Tahun Melawat Malaysia 2014

Saturday, January 19, 2013

Kisah Makcik Gatal

6

Kisah Makcik Gatal

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."





p/s... heee... makcik² aptb
sekadar lawak semata-mata..

Friday, January 18, 2013

Awek Cun Tak Zip Seluar

8

Awek Cun Tak Zip Seluar

hari ni aku nak share 1 cerita yang terjadi kat aku.. tapi ini bukan cerita lucah
dan bukan juga cobaann..

beberapa hari lepas aku naik train untuk ke....
sampai di Lrt Hang Tuah ramai orang masuk train.. nasib baik dah dpat tempt duduk..
wahh ramai.. siap ada awek cun lagi.. sempat gak la jeling..
memang cun.. heee.. tapi disebabkan ramai orang so tak pandang la sangat.
karang kantoi la.. hik hik.. dan awek tuh berdiri betoi² depan aku..

so tak bley nak pandang depan terpaksa la pandang kiri dan kanan..
prasan gak mamat sebelah ni asyik jeling awek cun tuh ja..
amboih² bukan main.. heee.. ta salah dia gak.. sape suruh awek tuh cun sangat..
hik hik hik..

tetiba sms masuk.. so keluarkanlah hp baca text.. elok nak simpan hp
terperasan awek cun ni tak zip seluar.. errr.. nak tegur tak ?..
mamat sebelah dok jeling².. zip terkeluar plak.. nasib sluar jeans ketat
so takda la nampak apa²..

nak tegur segan.. tapi kalu tak tegur kesian plak dia sepanjang jalan..
so aku pun pandang dia sambil buat gerakkan bibir i lap u "zip seluar"
tapi awek cun tuh masih tidak memahami.. skali lagi aku repeat zip seluar..
masih tidak memahami lalu awek cun tuh tanya kat kawan dia..
kawan dia pandang aku dan skali lagi aku buat gerak bibir zip seluar..
kawan dia tnya kenai aku ke ?
awek cun hanya menggelengkan kepala

kawan dia pandang aku skali lagi
dan akhirnya dia dapat tangkap apa yang cuba aku sampaikan..
cepat² dia bisik kat awek cun...

kawan dia ucap terima kasih kat aku.
hanya mampu mengangguk..

sebenarnya bukan nak cerita pasal zip awek cun nie.. tapi
nak inform kat awek² luar sana sekiranya nak pakai seluar zip make sure
zip tuh naik sampai atas.. atau pakai baju labuh bawah zip..

Selalunya..
Lelaki - Baju labuh bawah dari zip.. 
so kalu zip tak tutup pun memang tak kantoi..

tapi....

Perempuan - Baju selalunya ngam ngam pinggang... 
soo.. bila zip tak tutup maka ia akan kantoi dengan sendirinya..



p/s... admin beberapa kali gak terlupa tarik zip.. tapi nasib
admin jenis yang suka pkai baju labuh sikit..
heeee..

Cium Ubat Untuk Sakit...

4

Cium Ubat Untuk Sakit...

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala.
Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya,

"Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil,
peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercium. Habis saja kami bercium,
sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun.

"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"



p/s... haaaa.. silap² bos ni dapat kaki gak kang..
hik hik hik.. aptb

Penipuan Online Banking ?

7


Online Banking 

kadang² aku pelik gak.. bila dapat email online banking
padahal 3 bank yg aku guna tak pernah pun register untuk online banking..
kadang² tuh dapat gak email akaun kena suspended..
tapi bila keluar or masuk duit ok ja..
MENGARUT MENGARUT MENGARUT

tapi bila di tunjuk kearah details email alamat
email dia pelik plak.. bukan dari company
yang lagi pelik.. den mane ada bank *****
isk isk isk..

so kepada rakan² yang guna online banking diharap
berhati² sebelum kasi details kepada individu/email yang tak dikenali..
confirmkan dahulu dengan bank sebelum kasi details...

Thursday, January 17, 2013

Tutorial Backup/Export Blog

5

Tutorial Backup/Export Blog

Assalamualaikum.. hari ini aku nak share sedikit sebanyak cara untuk backup/export blog 
sebelum masalah melanda.. bukan mendoakan tapi.. orang kata
sediakan payung sebelum hujan..

sekiranya anda sayang templates yang anda gunakan ini 
anda boleh backup templates ini dengan cara..
1. login to blogger.com
2. klik templates
3. klik pada backup/restore
4. klik Download Full templates
5. SIAP.. simpan elok²

tuh part templates.. la ni den nak ajar cara nak backup post,
comment dan pelbagai lagi dari blog anda

1. gi kat blogger.com
2. klik kat setting
3. klik kat other
4. tengok pada Blog tools diatas ada Import Blog, Export Blog, Delete Blog
so klik pada Export Blog
5. Download Blog
6. Simpan Blog anda dalam email, pendrive or kat mane² yang selamat..

..selamat mencuba..
Tutorial Backup/Export Blog

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More