Tips Memujuk Perempuan Merajuk





Tips Memujuk Perempuan Merajuk

1. Senyum
- Apabila si dia marah dan merajuk, cuba buat muka tai ada perasaan 
ataupun senyum depan dia. Lagi dia marah atau merajuk, teruskan senyum. Senyum
puas-puas sampai cecah kedua-dua terlinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi 
sebab kasihan dan risau dengan kewarasan kamu.

2. Buat Lawak
- Kena tengok 'mood' dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal
tangan si dia hinggap di muka. Pastikan lawak itu menjadi dan cukup kelakar.
Pasti sekejab saja dia merajuk dan selebihnya tergelak dengar lawak kamu.
Kalau pun dia tak ketawa, anggap saja dia ketawa dalam hati.

3. Beli Hadiah
- Belikan si dia sesuatu ikut kemampuan kamu. Apa yang disukai,
minat, idam, benda comel, apa saja. Cuba belikan si dia
hadiah dan buat kejutan untuknya. Mesti cair dan automatik
merajuk terus hilang.

4. Hantar SMS?MMS/Voice Mail
- Manfaatkan teknologi ke tahap maksimum. Sekiranya ada simptom si dia merajuk,
hantarlah SMS/MMS/ Voice mail kepadanya. Guna ayat yang menunjukkan
kamu minta maaf dengan setulus hati. Senang bukan ? Tapi kalau duduk
bersebelahan, takkanlah nak hantar SMS juga. Lebih
baik cakap berdepan.

5. Buat Bodoh
- Tips yang kurang disyorkan sebab mungkin akan berlaku perpisahan.
Tapi kalau kamu nak mencuba, apa salahnya.
Apabila si dia merajuk atau marah, buat tak tahu. Tengok
reaksi dia, sama ada 'fed up' dan terus 'ok' sebab malas nak layan karenah kamu
atau 'fed up' dan terus tinggalkan kamu keseorangan. Kalau pilihan kedua terjadi,
padanlah muka sebab tak pujuk.

6. Merajuk Balik
- Boleh diibaratkan macam main tarik tali. Apabila si dia sedang merajuk,
 cuba kamu merajuk balik dan tengok reaksi dia. Kalau dia pujuk balik, maknanya
dia betul sayang dan sabar dengan kamu. Seronok kalau kesudahan yang bagus,
kalau sebaliknya, tanggung sendiri.


Tips Memujuk Perempuan Merajuk



Sumber : Harian Metro - 12 Feb 13

5 ulasan

Solehah Shamsuddin berkata...

kalau solehah merajuk, camna lak? ahahaha :D

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum abg feroz, hahaha siot je tips2 ni. hihi ;p

ReramaBiru berkata...

senyum sampai ke telinga..kalau kena caranya jap ja dah hilang rajuk tue :)

C.T.K berkata...

buat bodoh n merajuk balik tu sangat2 tidak disyorkan :P

Cik Fie berkata...

haha . tips yang kelakar :P

Dikuasakan oleh Blogger.